Memburu Baju Raya Di Uptown Kota Damansara
Salam ramadan semua, Bila raya dah dekat ni semua orang berlumba-lumba untuk cari baju baru terutama baju kurung & baju melayu.. tak terkecuali aku pon sama juga masih lagi mencari baju raya yang sesuai untuk tahun ni. 2 hari yang lepas lokasi mencari baju raya adalah di Uptown Kota Damansara.. malangnya hanya ada 2 kedai yang menjual baju melayu.. dan kebanyakkannya kurang berkenan dihati.. Paling risau cik malaranglah.. mana tidaknya tema tahun ni dia yang pilih iaitu tema warna merah.. baju kurung dia dah beli.. tapi baju melayu aku tak jumpa lagi.. plan terakhir adalah mungkin kita orang beli baju melayu nanti dekat kg. aku dekat Johor je. Oklah korang layan foto dulu ye.. Ribuan kenderaan membanjiri sekeliling Uptown Kota Damansara, sampai takda parking.. ada yang parking dekat tengah-tengah jalan je.. paling kurang ajar parking double sampai menyusahkan orang lain yang nak keluar.. aku salah sorang mangsanya. selain dari baju melayu.. lain-lain ...