#SaveJejai | Semoga Blogger Teratakarmo.com Di Beri Kesihatan Berpanjangan
Salam ramadhan semua, Pastinya korang semua kenal dengan rakan blogger yang aku maksudkan diatas bukan.. ya yang aku maksudkan adalah Jejai atau pemilik blog Teratakarmo.com . Aku juga seperti korang semua yang baru membaca entri ni pasti terkejut dan tidak menyangka bukan ,seorang yang sangat periang, ceria dan suka menyakat antara sesama blogger kini telah disahkan mengidap penyakit Kanser paru-paru peringkat akhir (stage 4)… Astagfirullahalazim… Pertama kali bersua muka dengan Jejai di salah satu event anjuran Nuffnang & Digi tahun 2009 Terkejut dan tergamam bila mendapat mesej dari rakan blogger Eyriqazz minggu lepas yang menyatakan Jejai sedang menderita mengidap penyakit Kanser paru-paru peringkat akhir (stage 4) ..huhu.. Masa dapat berita tu.. dalam hati aku terus cakap kenapa aku lambat tahu.. huhu.. dan kali terakhir aku berjumpa dengan Jejai adalah semasa pelancaran samsung Galaxy S3 di One World Hotel, Bandar Utama bulan Mei yang lalu.. masa tu aku teng...