Niat Berpuasa Dan Doa Berbuka Di Bulan Ramadhan
Update entri 20-7-2012 Salam Ramadhan kepada rakan2 bloger semua. Dikesempatan ini aku nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua umat islam dimuka bumi ini. Hari ini aku nak kongsi sedikit ilmu agama yang mana mungkin anda semua dah tahu atau masih ada yang ragu2 dan tak tahu. Apa yang aku nak kongsi disini adalah bagaimana niat puasa dibulan ramadhan dan bagaimana niat berbuka puasa. Niat berpuasa dibulan Ramadhan Lafaz setiap malam. Niat ringkas: نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى Niatnya: Sahaja aku puasa Ramadhan kerana Allah Taala. Lafaz lengkap: نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala. Sebenarnya bangun untuk bersahur itu sudah dikira berniat untuk berpuasa. Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya untuk sebulan: Lafaznya: نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى Niatnya: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun i...