Kos Tukar Bateri Kereta Myvi | Bateri Sel Kering atau Sel Basah
Assalamualaikum dan salam ramadan semua, Gara-gara terniat nak tambah satu lagi.. terus si dia merajuk.. opsss.. bukan nak tambah isteri ye.. Jangan cari pasal…takda juga kena mengena dengan entri sindrom takut bini … cuma terniat nak tambah kereta satu lagi.. terus si kuda hitam aku semalam petang tak nak hidup dah.. merajuk katanya. Memang dalam 2 ke 3 hari sebelumnya aku dah perasan pasal apa bila aku start engine macam tak kuat je.. macam selalukan.. dah ada terlintas dekat hati.. macam nak kong je bateri ini.. aku pun dah cakap dengan cik isteri.. macam kita kena standby duit dah ni sayang… memang masin mulut aku.. hahaha.. Aku pulak dah tak ingat bila last aku tukar bateri tu.. tapi aku ada blogkan masa aku tukar sebelumnya.. jadi aku rujuk balik entri lama aku Tukar Bateri kereta kali ke-2 .. bila aku tengok rupanya last aku tukar bateri kereta aku ni.. Oktober 2011.. sekarang dah nak masuk Ogos 2013.. kiranya bateri kereta ni dah berkhidmat selama 1 tahun 9 bulan ...