Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Datuk Sosilawati

Orang Dah Pesan Jangan Buat !!

Imej
Salam pagi semua, pagi ni aku ada baca paper metro yang mana pihak berkuasa memberi amaran kepada semua pengguna ICT diseluruh negara supaya tidak meniupkan isu perkauman di laman sosial, tweeter dan blog. Tapi ada juga sebilangan rakyat kita yang suka buat kecoh dan cuba cari publisiti melalui facebook dengan mewujudkan akaun facebook Dato yang menjadi suspek pembunuhan datuk Sosilawati sebagai tempat mengeluarkan kata-kata berunsur perkauman dan memaki hamun. Ni merupakan facebook suspek pembunuhan yang dipalsukan Ni merupakan facebook suspek pembunuhan yang sebenar Bagi pandangan aku ianya tak sepatutnya berlaku. biarkan pihak berkuasa yang menjalankan tanggungjawab mereka menyiasat siapa yang bersalah dan bukan kita yang menjadi pengadil menghukum mereka. Kalau ikutkan hati aku sendiri pon marah bila bangsa kita dibunuh dengan kejam oleh bangsa lain, tapi aku masih waras lagi dan tidak menulis di blog @ facebook tanpa memikirkan sensetiviti masyarakat lain. Untuk penegtahuan semua...

Gambar Suspek Bunuh, Bakar dan Buang Datuk Sosilawati

Imej
Salam pagi semua, pagi ni aku tercari-cari info siapakah manusia yang bertopengkan syaitan yang sanggup membunuh, membakar dan membuang Datuk Sosilawati bersama 3 rakannya yang hilang sejak seminggu yang lalu. akhirnya aku terjumpa satu blog yang memaparkan info suspek kes kematian Datuk Sosilawati. Benarkah mereka-mereka ini yang terlibat? jika benar biar undang-undang yang menjatuhkan hukuman yang seadilnya.. jangan mengambil undang-undang ditangan sendiri. Siapakah lelaki yang berpakaian oren itu? siapa pula lelaki yang ditengah-tengah tu? Video Lokasi kejadian bunuh/bakar Datuk Sosilawati Lawiya http://www.youtube.com/watch?v=uHQsUEtyeyk Apakah perbezaan orang diatas dengan orang dibawah ni? Datuk Pathmanabhan A/L Nalliannen Sumber gambar dari SINI Surrendren adik Datuk Pathmanabhan Sumber gambar dari SINI lain-lain sumber rujukan : blog dari sungaiderhaka Tagged as : Siapakah yang bunuh Datuk Sosilawati dan 3 rakannya, video lokasi kejadian bunuh, bakar dan buang Datuk Sosilawati

Datuk Sosilawati - Misteri kehilangan hampir terjawab

Imej
Salam pagi, pagi ni bila aku buka FB dan beberapa paper online semua gempar menceritakan kes kehilangan Datuk Sosilawati, Jutawan Pengasas Produk kecantikan yang dikatakan hilang bersama 3 lelaki lain. Benarkah ???? Berita yang menggemparkan dan menjadi tanda tanya benarkah Datuk Sosilawati bersama 3 rakannya telah dibunuh dan dibakar? Ini adalah ekoran penemuan 4 mayat yang telah rentung dibakar di Ladang Gadong di Jalan Gadong, Tanjong Sepat, Selangor. antara gambar muka depan paper online Menguatkan lagi teka-teki misteri kehilangan Datuk Sosilawati apabila ada cakap-cakap yang mengatakan polis telah menahan seorang yang bergelar Datuk, peguam dan tujuh lagi yang lain bagi membantu siasatan. Menurut sumber pagi ini bahagian forensik dari bukit aman akan datang kelokasi untuk membuat siasatan. Apa pon kita sama-sama tunggu berita yang sah dan sahih dari pihak polis tentang misteri kehilangan Datuk Sosilawi ni. Kepada semua ahli keluarga mangsa diharap dapat bertenang dan bersabar dan...

Iklan Raya TV3 vs Datuk Sosilawati

Imej
Salam semua, minggu ni kita mendapat 2 cerita panas dan hangat yang kita dengar dan baca dimerata media masa dan laman sosial. Pertama cerita pasal Iklan Raya TV3 yang ditarik balik siaranya dan kedua cerita pasal kehilangan Datuk Sosilawati - Pengasas produk kecantikan. Rata-rata semua orang sebuk bercerita pasal ni. apa yang boleh disimpulkan disini rakyat malaysia memang peka dengan isu-isu semasa ni.. baguslah kalau semua rakyat semua sedar apa yang boleh dan apa yang tak boleh. Macam iklan tv3 tu sebelum ni aku tak perasan pon tentang kepincangan iklan tu.. cuma aku mula2 persoalkan kenapa perlu guna tema macam Santa Clause time perayaan Krismas. Pagi tadi aku terima email dari rakan opis aku yang menerangkan apa yang tak kena dengan iklan raya kali ini. rujuk Kebenaran Di Sebalik Penipuan Dan Kebetulan Iklan Hari Raya TV3 2010 untuk info lanjut dan pelbagai pandagan yang diberikan oleh tn.blog tu. Nasib baik TV3 cepat mengambil keputusan menarik balik iklan tu sejak jumaat lalu...