Pantang Larang Semasa Mengandung | Pantang Larang Bakal Ibu Dan Bapa
Salam semua, Hari ini saya ingin berkongsikan informasi kepada semua bakal ibu atau bapa yang bakal menimang cahaya mata.. pesanan dibawah ini saya tujukan juga kepada blogger tokey rimau eyriqazz yang katanya asik loya n muntah2 katanya.. hehehe.. ( ada tanda-tanda apa tu bro? ) Aku pon macam nak pening-pening juga ni.. tunggu nak muntah je.. hahaha Beli Buku sekarang! [Sumber dipetik dari : mengandung.com ] Dalam masyarakat Melayu terdapat beberapa pantang larang yang masih lagi menjadi ikutan. Wanita-wanita hamil dilarang dari melakukan perkara-perkara berikut: * Ibu dilarang mencaci atau mengumpat, membuat fitnah, iri hati juga bergaduh terutamanya dengan ibu mertua. Perbuatan tersebut dipercayai akan mempengaruhi perangai anak yang bakal lahir. Ibu mengandung juga akan mengalami kesulitan semasa melahirkan anak. Yang sebenarnya, tujuannya larangan di sini adalah untuk melahirkan rasa hormat kepada orang tua da selalunya ibu mertua turut menjaga dan membantu sewaktu d...