Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Samsung Galaxy Note

Samsung Galaxy Note N7000 Masalah Tidak Boleh Charge

Imej
  Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua, Minggu lepas cik isteri ada complaint pasal S amsung Galaxy Note yang dia pakai tak boleh nak charge, katanya kena tekan kuat atau tekan kebawah pada soket USB charger tu baru bateri boleh charge. Jadinya bila balik rumah aku testlah charge memang betul ada masalah.. lagi satu kalau boleh charge pun bateri tak boleh nak penuh dah charge lebih 24 jam pun masih 5% je baterinya.. Aku kata confirm bateri rosak ni.. sebab bateri pun dah kembung.. jadinya pergilah dekat kedai handphone untuk cari bateri yang baru tapi bukan original.. dapatlah dengan harga RM50.. test dekat kedai ok, balik rumah charge pun ok.. bila penuh guna pun ok.. tapi selang dua hari problem semula.. penyakit tak boleh charge datang semula. so nak tak nak aku google lah apa masalahnya.. jadinya aku jumpa satu website ni yang mengatakan kalau Samsung Galaxy Note tak boleh charge ni biasanya port USB dekat phone tu rosak.. kena ganti board atau PCB yang baru.....

Alhamdulillah Smartphone Dah Keluar Wad ICU

Imej
  Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, Setelah seminggu smartphone masuk wad ICU .. akhirnya semalam smartphone telah kembali semula ditangan.. alhamdulillah semuanya masalah dah diselesaikan.. punca kerosakan dikenal pasti dari cameranya.. camera belakang telah ditukar yang baru selepas focus tidak berfungsi sebelumnya.. Disebabkan masih ada jaminan sehingga hujung bulan ni.. so tiada sebarang charge dikenakan.. so lepas ni kalau rosak dah kena charge lah ye gamatnya.. sempat tanya tadi kalau tukar camera baru ni.. tanpa warranty berapa kosnya.. menurut staff samsung tu.. dalam RM1xx juga kosnya.. Hasil dari camera sebelum ditukar yang baru.. focus tidak berfungsi.. menjadikan semua huruf kabur. hasil selepas camera ditukar yang baru.. baru jelas dan terang,, Lepas ni dah bolehlah ambil menu makanan dengan lebih jelas dan terang lagi.. :-)

Smartphone Masuk Wad ICU

Imej
  Nampaknya semingu ni tak dapatlah nak layan candy crush dekat phone.. phone sekarang dah masuk wad ICU.. sakitnya macam sikit je.. tapi kata orang selagi ada warranty tu ada baiknya hantar je ke service center. Sakit phone ni cuma pada cameranya sahaja.. masalah pada focus.. kalau nak capture gambar yang ada tulisan semua nampak kabur.. kalau sebelum ni tulisan halus macam mana pun still boleh capture dengan jelas.. sekarang seolah-olah auto focus tak berfungsi. Langkah awal aku dah buat dengan format semula dengan reset balik phone ni.. tapi tak berjaya juga.. bila aku check warranty ada lagi rupanya jaminan sampai 27hb november ni.. kurang lagi 2 minggu rasanya.. selamat masa aku beli dulu dapat warranty 2 tahun.. kalau tak confirm dah kena bayar punya.. Harap-harap lepas keluar wad nanti. fungsi kamera tu dapat seperti sediakala semula.. kalau tak.. mungkin nak kena jual lelong kot.. hehehe.. ada yang minat tak? Bercuti dari bersmartphone seminggu….. :-(

Si Comel Kini Berusia Setahun 11 Bulan

Imej
  Genap hari ini 8hb November si comel kami berusia setahun 11 bulan.. bulan depan dah genap 2 tahun.. lagi setahun dah kena masuk sekolah tadika.. itu antara perancangan mama dia nak hantar masuk awal ke sekolah tadika.. Sekarang dah start survey-servey sekolah mana yang terbaik untuk si comel ni.. kalau boleh nak cari sekolah yang pendidikan agama dan bahasa inggeris..  cik isteri ada sebut pasal Genius Aulad .. lagi pun Genius Aulad tu dekat dengan rumah kami je.. so senang nak hantar si comel tu nanti.. Harap-harap adalah rezeki lebih untuk hantar anak ke sekolah tadika yang terbaik nanti.

Selamat Datang Samsung Galaxy Note 2

Imej
  Assalamualaikum & salam sejahtera semua, Samsung Galaxy Note 2 secara rasminya dilancarkan malam ini di Zebra Square KL . Pastinya ramai pengguna smartphone jenama samsung ni ternanti-nanti untuk melihat sendiri dan merasai secara real Samsung Galaxy Note 2 yang dikatakan lebih hebat dari Samsung Galaxy S3 yang dilancarkan beberapa bulan yang lalu. Sumber foto : Facebook Samsung Malaysia Tak sabar rasanya nak tengok dengan mata sendiri perbezaan Samsung Galaxy Note dengan Samsung Galaxy Note 2 .. Genap setahun aku pakai Samsung Galaxy Note ni.. rasanya-rasanya kalau upgrade ke Samsung Galaxy Note 2 ok jugakan.. hehehe. Oklah nak sembang banyak pun aku tak nampak lagi Samsung Galaxy Note 2 ni.. kalau korang nak tahu serba sedikit boleh baca di blog Amanz .. sebab rasanya beliau ada dekat pelancaran Samsung Galaxy Note 2 sekarang ni. Kalau dapat buat review Samsung Galaxy Note 2 ni best juga.. rasa-rasanya samsung nak bagi aku tak buat review macam blogge...

MyDistress Kini Di Samsung Galaxy Note Aku

Imej
  Salam ramadhan semua, Rata-rata semua pengguna handphone hari ini mempunyai satu telefon pintar atau smartphone .. dan apa kata sekiranya anda mempunyai sebuah telefon pintar bolehlah anda menginstall satu apalikasi yang akan menghubungkan anda terus dengan pihak polis jika berlaku kecemasan yang dipanggil MyDistress . Sebenarnya aplikasi MyDistress ni telah dilancarkan dari tahun lepas lagi.. tapi mungkin aku yang terlepas pandang kot dan masa tu takda lagi smartphone ditangan so tu yang tak ambil pot.. tapi lepas aku tengok berita malam semalam tentang aplikasi MyDistress ni terus aku install dekat Samsung Galaxy Note aku. Untuk pengetahuan korang aplikasi Mydistress ni buat masa kini hanya terpakai di kawasan Negeri Selangor sahaja dan mungkin akan diperluaskan diseluruh negara tidak lama lagi. Klik pada http://mydistress.net So apa tunggu lagi.. install secara percuma ke telefon pintar anda sekarang.. Malang tidak sentiasa berbau.. kes ragut dan culik...

Update Android 4.0 Ice Cream Sandwich Pada Samsung Galaxy Note Sekarang

Imej
  Salam semua, Berita gembira buat semua pengguna Samsung Galaxy Note berikutan Android 4.0 Ice Cream Sandwich telah sedia untuk diinstall di smartphone anda.. pastinya ramai pengguna SGN yang ternanti-nantikan android 4.0 ini. Kalau tidak silap  Android 4.0 ini telah mula tersedia untuk diinstall sejak 3 minggu yang lalu lagi.. kiranya aku ketinggalan sebenarnya sebab baru 3 hari yang lepas aku berjaya update Android 4.0 ni menggantikan Android 2.3.6 Gingerbread . Untuk proses update dari android 2.3.6 ke android 4.0.3 aku hanya menggunakan sambungan WiFi dan ianya mengambil masa lebih kurang 30 minit untuk disiapkan semuanya. Di bawah ni aku kongsikan sedikit panduan untuk update android 4.0 anda menggunakan sambungan WiFi Pergi ke “ SETTING ” dan pilih “ About phone ”   Klik pada “ Software update ” dan klik pada “ Update ”   Tunggu sehingga connection disambungkan ke server.. sekiranya berjaya disambungkan ke server klik pada “ OK ...

Sygic GPS Navigation For Samsung Galaxy Note | Goodbye Papago X5

Imej
  Salam semua, Semakin hari semakin ramai yang menggunakan Samsung Galaxy Note dan tidak kurangnya juga yang menggunakan SGN ni tercari-cari perisian GPS apa yang sesuai digunakan didalam SGN ni tanpa menggunakan internet / talian Data. Sebelum ni aku pernah buat entri “ Panduan Installation Papago X5 Pada Samsung Galaxy Note ” dan nampaknya sambutan memang memberansangkan dari pemilik smartphone. Dan kebetulan baru-baru ni SGN aku masuk wad ICU.. so semua aplikasi yang pernah aku install sebelumnya termasuklah Papago X5 telah hilang dan hari ini aku telah mencuba satu lagi aplikasi baru seperti papago ni yang dikenali sebagai “ Sygic GPS Navigation ”. Ternyata aplikasi Sygic memang tidak mengecewakn aku.. dan telah berjaya aku install pada Samsung Galaxy Note tadi. So terasa rugi pulak kalau aku tak kongsikan dengan korang panduan untuk install Sygic ni.. kepada yang berminat untuk memasang di smartphone korang terutama pengguna Samsung Galaxy Note.. boleh follow ...

Update Blog Guna Samsung Galaxy Note

Imej
  Salam semua, Atas permintaan rakan blogger Jejai .. hari ni aku nak kongsikan sedikit tutorial bagaimana cara mengupdate blog menggunakan Samsung Galaxy Note . Sebenarnya mengikut pengalaman aku menggunakan Samsung Galaxy Note ni.. terdapat banyak aplikasi android yang boleh digunakan untuk mengupdate blog antaranya Blogger-droid & Bloggeroid . Untuk panduan kali ini aku akan gunakan aplikasi Bloggeroid .. kerana ianya lebih mudah jika dibandingkan dengan Blogger-droid .. Untuk memudahkan pemahaman aku sertakan print screen dibawah sebagai rujukan.. Pertamanya korang perlu mendownload terlebih dahulu aplikasi Bloggeroid ini melalui Market yang kini dikenali sebagai Play Store Buat carian dia Play Store dan setelah menjumpai aplikasi tersebut install seperti anda menginstall lain-lain aplikasi sebelum ini. Setelah aplikasi berjaya diinstall, anda sudah boleh memulakan aplikasi dengan klik pada Open atau buka aplikasi melalui senarai aplikasi di Samsu...