PETRONAS Asia Road Racing Championship (ARRC) Di Sepang International Circuit (North Track)
Salam semua, Aktiviti aku hari dengan cik malarang adalah mengunjungi buat pertama kalinya Litar F1 Sepang . korang nak kata aku jakun pon takpelah.. hehehe. Kebetulan time aku tengok tv tadi pagi aku terpandang satu iklan perlumbaan PETRONAS Asia Road Racing Championship (ARRC) yang telah bemula dari 29hb April – 1 May 2011 yang mana masuk untuk menonton perlumbaan adalah percuma. Aku pon ajaklah cik malarang gi jalan kesana, kebetulan kami berdua tak pernah sampai lagi dekat litar F1 tu.. Keadaan cuaca memang boleh dikatakan panas tahap gaban.. ikutkan hati cik malarang nak je dia patah balik.. sebab malas nak jalan kaki ke litar tu.. sebab panas dan jauh.. disebabkan dia kesian dekat aku kita orang teruskan juga sampailah ke stage penonton. Pintu utama masuk ke Litar F1 Sampai je lokasi perlumbaan rupanya lumbaan dah bermula dengan jentera 115cc sedang bersaing hebat. Tamat perlumbaan 115cc tiba-tiba jentera 600cc pula menguji jentera dengan me...