Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Peribadi

Yakinkan Diri Melepaskan Si Dia

Imej
Mula-mula berat juga nak yakinkan diri melepaskan cik isteri drive sendiri ke tempat kerja... tapi bila dah dapat mesej kata "abg.. alhamdulillah dah sampai opis" baru rasa lega sikit didada ni... mana tidaknya suasana jalan raya dan gelagat pemandu di Kuala Lumpur ni semuanya mengikut angin di kepala.. walaupun tak semuanya begitu.. Sepanjang aku bawa cik isteri pindah ke KL ni dalam hampir 5 tahun.. memang pergi mana sekali pun aku mesti hantar dan jemput.. kiranya hari ini pecah rekod cik isteri drive sendiri ke tempat kerja... semoga  perjalanan pergi dan pulang cik isteri ke tempat kerjanya di beri kemudahan dan keselamatan.. Minggu ni kami bergilir jaga anak dekat rumah sebab baru seminggu anak kena chickenpox.. so doktor minta dua minggu tak dibawanya ke taska.. jadinya kamilah bergilir cuti selang dua hari.. Alhamdulillah tengok parut chickenpox dekat anak dah mula kering.. cuma sesekali tengah malam akan merengek kegatalan seluruh badan.. harapnya cepatlah baik ch...

Dulu-dulu Kami Menderita Sekarang Alhamdulilah

Imej
  Assalamualaikum dan salam sejahtera, Sebelum teruskan baca entri dekat bawah ni jom layan dulu lagu ni.. lagu yang tengah hot dicorong-corong radio dan youtube.. kisah seorang budak yang dulu-dulunya hidup susah.. sekarang kehidupannya dah berubah. Cerita kesusahan budak tu mengingatkan aku dengan kesusahan kami adik beradik dikampung dulu.. kehidupan 15 tahun dahulu sangat berbeza dengan sekarang.. kalau dulu kami semua adik beradik susah sekarang alhamdulillah.. ok lupakan kisah sedih keluarga aku ni.. Semalam adik ada hantar beberapa keping gambar rumah dekat kampung yang dah siap renovate.. memang 2 minggu lepas masa call mak.. mak ada cakap adik nak repair sikit rumah… katanya dia orang ada rezeki lebih.. aku ada juga bergurau dengan mak.. aku kata.. sapa pulak nak kawin ni.. hehehe.. mak kata tahun depan adik engkau ada lagi nak kawin kot.. hehehe.. Biasanya kalau sebuk-sebuk nak repair umah ni..mesti ada nak buat kenduri kawin je.. almaklum jelah.. adik aku ada ...

Tong Gas Habis Pulak

Imej
Hampir-hampir di malukan oleh tong gas sendiri... Mana tidaknya tetamu dah datang.. Tup-tup nak masak tetiba api dkt dapur masak padam... Alamak adakah gas masak aku dah habis.. Check-check memang dah ringan.. Tengok tarikh bila aku tukar tong gas tu.. Mak ai lagi sebulan genap setahun.. Memang patutlah habis.. Hehehe. Nak gi beli baru mana ada kedai bukak jam 11.00 malam.. Selamatlah aku dah beli sikit lauk sebelum sampai rumah.. Memang dah prepair awal.. Kalau-kalau tak sempat masakkan.. Selamatlah yang datang ni sepupu cik isteri.. Dan dia orang pun jenis tak kisah... Pagi-pagi tadi aku dah beli yang baru.. So lepas ni kalau dah cukup 11 bulan lagi kena siap-siap gi tukar yang barulah.. Jimatkan dekat rumah aku setahun baru tukar gas masak... He3.. Published with Blogger-droid v2.0.10

Jom Bakar Kalori

Imej
Pejam celik dah masuk hari raya ke 4.. Dah bermacam-macam jenis kuih raya.. Lemang.. Ketupat.. Lepat.. Burasak.. Laksa.. Mee sup.. Mee udang.. Masuk dalam kantung perut.. Jadinya dah tiba masanya nak gi bakar lemak-lemak yang parking dekat perut ni.. Cukuplah one pax yang ada tu.. Tiba giliran keluarkan peluh di kebun belakang rumah.. Lama tak jenguk kebun pak mertua ni... Dah semak rupanya.. Tenaga pun tak sekuat zaman bujang dulu.. Kalau dulu masuk kebun sehari pun takpe.. Sekarang baru masuk kurang satu jam dah pancit.. Tu yang rehat kejab ni.. Sambil update blog ni.... Ingat dalam kebun tak boleh update blog ke.. He3.. Celcom berukbandkan ada.. Mana-mana pun ada internet.. Oklah.. Pak mertua dah jeling tu.. Jom sambung kerja sikit lagi... He3.. Published with Blogger-droid v2.0.10

Demi Yang Tersayang Ku Sedia Melepaskanmu

Imej
  Assalamualaikum & salam hujung minggu semua, Tak semua benda dalam dunia akan kekal bersama kita.. bila tiba masanya akan berpisah jua.. begitulah juga dengan benda yang kita sayang selama ni.. ada kalanya kita perlu berkorban demi yang tersayang dan keluarga.. Antara minat, hobi dan keperluan.. keperluan terpaksa didahulukan..  Sabarlah duhai hati kerana mungkin aku terpaksa melepaskan kau pergi buat selama-lamanya.. berdamailah dikau nanti dengan tuan barumu.. Terima kasih atas jasa-jasamu kepadaku dan keluargaku selama ini.. semoga tuan barumu akan menjagamu seperti mana aku menjagamu sebelum ini.. Tapi apa yang pastinya.. “ PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI ”…

Penyakit Scoliosis Buatkan Hidup Tidak Selesa

Imej
  Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, Semoga di penghulu segala hari, hari Jumaat ini anda semua semakin sihat dan ceria bersama keluarga.. walaupun aku sendiri nampak dari luar macam gembira dan sihat.. tapi dalaman sebenarnya kurang sikit.. mungkin ujian dari Allah agaknya.. terima jelah dengan hati yang terbuka.. Hujung minggu lepas aku ada balik ke kampung untuk majlis kawin adik lelaki aku.. dalam pada masa cuti 2 hari tu ada aku bertanya dengan mak aku.. samada  aku pernah terjatuh masa kecik atau tidak.. bukan apa sampai sekarang aku masih tertanya-tanya apa punca yang menyebabkan aku mendapat sakit tulang belakang bengkok atau bahasa sainsnya SCOLIOSIS .. Yelah mana tidaknya dalam usia 30an baru aku perasan yang tulang belakang aku bengkok.. itu pun lepas aku buat rawatan dan Xray dekat KPJ Damansara .. Banyak info yang aku baca dekat internet yang menyatakan kalau tidak dirawat penyakit tulang belakang bengkok ni ianya boleh membawa kepada lumpuh d...

Selesai Physiotherapy Kali Ke 3

Alhamdulillah.. Pagi ni berjaya juga gi buat physio dkt KPJ Damansara dengan ditemani cik isteri... Temujanji jam 8.30 tapi jam 9.00 baru aku masuk sebab datang lewat.. Macam biasalah kena sound lagi dengan pegawai physio tu.. Dia kata kalau boleh jangan dukung anak lagi ye.. Macam dia tahu-tahu je.. Memang aku dukung anak aku.. He3. 1 jam 30 minit buat physio ari ni.. Habis buat physio terus gerak gi intec Uitm seksyen 17.. Hantar cik isteri exam final PJJ puluk... Hope.. Cik isteri dapat jawab soalan dengan tenang hari ni.. Good luck sayang.. Tadi di teman aku buat physio... Skrg aku teman dia pulak gi buat exam... Oklah.. Nanti sembang lagi... Susah nak menaip guna smartphone ni.. He3 posted from Bloggeroid

Tak Suka Tapi Terpaksa

Imej
Sejak aku kena sakit sendi dekat pinggul ni... Dah bermacam-macam jenis ubat aku telan... Dari yang kurang power sampailah yg terlebih power aku dapat hari ni.. Aku dari kecik lagi memang tak suka makan ubat.. Sebab banyak kesan buruk pada masa akan datang kalau terlalu bergantung pada ubat ni... Disebabkan ubat yang aku makan sebelum ni.. Macam tak beri kesan apa-apa.. Aku gi jumpa balik doktor yang rawat aku hari tu... Kali ni jumpa doktor yang lain.. Ingatkan dia bagi surat untuk reffer dekat hospital terus... Tapi dia bagi lagi ubat yang power katanya.. Dia kata kalau tak ok juga baru gi xray... Harap-harapnya dah makan ubat baru ni nanti adalah perubahannya... Sangat seksa bila sendi cedera ni... Huhu.. Duduk sakit . Baring sakit... Berdiri lama lagilah sakit.. Kalau ubat moden tak jalan.. Rasanya kena gi berubat tradisional pulak... Doa2 aku cepat sembuh... Dan kami sekeluarga terus sihat.. Banyak urusan tergendala bila tak sihat ni.. posted from Bloggeroid

Tolong Selamatkan Blog Aku Dari Terus Hanyut

Imej
  Assalamualikum dan salam sejahtera, Rasanya inilah kali yang paling teruk sekali keadaan blog peribadi aku ni.. mana tidaknya seminggu nak update satu entri pun tak sempat.. sebuk tahap mengalahkan YB nak masuk bertanding PRU13. Tengok sahaja dari statistik minggu lepas pernah sehari aku punya visitor kurang dari 500UV.. kalau sebelum ni.. hujung minggu paling tidak 1K mesti dalam tangan punya.. tapi sekarang nak cecah 1K pun payah hari-hari biasa.. Macam nilah kesan kalau lama sangat tak update blog.. Nampak gaya kena rajinkan diri semula ni.. almaklum jelah time-time trafik jatuh macam ni.. dapat pulak advertorial dari pengiklan.. memang tak patut kalau trafik tak diupkan semula.. Idea ada.. cuma kekagan masa menjadi penghalang sekarang ni.. harap-harap tidak berpanjangan mood bersawang blog ni.. cukuplah satu blog dah terus berdebu dah bersawang milik cik malarang .. hehehe. ** Tengah mencari-cari pembekal hosting yang baik dan murah.. ada sapa-sapa boleh bagi ...

Ujian Datang Lagi

Imej
  Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, Untuk 3-4 hari ni memang aku rasa tak berapa sihat.. mungkin kalau sekali pandang takda sapa yang perasan yang setiap kali aku jalan, baring, duduk semua macam biasa je.. walaupun pada hakikatnya memang aku kurang selesa semua waktu aku baring, jalan atau duduk.. Sampailah tadi pagi bila aku nak bangun je.. aku tak boleh nak bangun sendiri sebab aku akan rasa sakit pada bahagian belakang sebelah kiri sampai ke hujung kaki kiri aku.. bila dah bangun pulak.. duduk pun sama juga serba tak kena.. seperti ada urat belakang aku yang terseliuh. Jadi disebabkan aku dah tak tahan aku gagahlah juga ke klinik berdekatan dengan rumah aku untuk ambil ubat.. 2 hari sebelum tu aku dah ambil ubat dekat klinik lain tapi macam takda tindak balas je ubat tu dekat sakit belakang aku.. so cik isteri paksa aku sekali lagi ambil ubat dekat klinik yang lain. Kali ni doktor bagi aku ubat yang kuat sikit.. katanya.. ubat yang sebelum ni dia suruh ak...

“Jangan Baca Buku Ini” Telah Menjadi Milikku

Imej
  Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, Pertamanya aku memohon maaf kepada semua pembaca blog ini kerana untuk beberapa minggu kebelakangan ini aku mengurangkan sedikit aktiviti berblogging aku ekoran aku menumpukan kepada kerja-kerja hakiki aku dipejabat.. almaklum jelah PRU13 semakin dekat so banyak kerja-kerja berkaitan yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.. Bila balik rumah memang aku dah mula jarang online sebab nak tumpukan sepenuh perhatian pada si comel dekat rumah tu.. kekadang bila hari kerja tu aku dapat layan anak aku dalam 3 -4 jam je sehari.. selebihnya banyak dia habiskan main dekat rumah pengasuh.. jadi masa yang ada sebelum dia tidur jam 10 malam tulah aku guna untuk main gelak-gelak dengan dia.. Oklah sebenarnya motif utama entri ni adalah aku nak bagi tahu pembaca blog aku yang aku dah memiliki sekarang buku hasil kreatif dan idea oleh seorang Pelabur Hartanah yang bertajuk “ Jangan Baca Buku Ini ”. Dari tajuk sahaja penulis dah bermain saikol...

Berita Kurang Menyenangkan Dari Pengasuh Anak

Imej
  Assalamualaikum dan salam sejahtera, Minggu lepas masa balik Penang dapat berita dari cik isteri yang mengatakan pengasuh harraz ada hantar sms minta kita orang prepair untuk cari pengasuh baru untuk beberapa bulan lagi.. aku cakap dengan cik isteri.. pengasuh merajuk lagi ke.. atau harraz ada buat hal dekat rumah pengasuh sebelum ni? Cik isteri cakap bukan sebab merajuk.. tapi pengasuh harraz kena pindah ke perak ikut suami.. katanya suami pengasuh tu dapat projek dekat perak so dia nak bawa semua anak bini pindah sana.. aduhhhh.. dalam hati aku macam mana ni.. nampaknya memang kena prepair sesuatu jugalah jawabnya.. sedih memang sedih sebab dari Harraz baby lagi akak pengasuh tu dah jaga harraz punya baik.. paling aku suka adalah persekitaran rumah pengasuh tu yang sangat bersih. Apa pun aku sekeluarga masih berdoa agar pengasuh ni tak jadi pindah.. sebab masa hantar harraz semalam dia kata doa-doalah ye akak tak jadi ikut suami gi perak.. dalam nada tu macam ada h...

Harraz Kemalangan

Imej
Wahai anakku bilalah kau nak start berjalan ni... Dah macam-macam tool dah daddy dengan mama beli untuk harraz cepat berjalan... Tapi tak mau jalan lagi ni... Tolak punya tolak.. Tetiba terbalik pulak kereta tolak dia... Macam nilah semakin hari semakin lasak... Aku pulak dapat sambung lagi MC 1 minggu.. Yang seronok sapa lagi cik malaranglah.. Sebab dia tahu.. Selagi aku dapat MC selagi tulah aku tak balik KL lagi... Kalau tak terpaksa aku tinggal dia dengan Harraz dekat kampung.. Sebab cik malarang tengah cuti 3 minggu untuk kursus intensif dia punya PJJ. Doa-doa cepatlah baiklah chicken pox aku ni.. posted from Bloggeroid

Nak Ikut Nasihat Doktor Atau Orang Tua-Tua

Imej
Assalamualaikum & salam hujung minggu semua, Mungkin hujung minggu korang semua berakhir dengan keseronokaan keluar shopping atau bersosial diluar tapi tidak bagi aku yang terpaksa duduk berkurung dirumah dek kerana jangkitan Chicken Pox ni.. 2 bintik merah tu menunjukkan chicken pox yang melekat dekat tangan aku Aku nak tanya korang.. kalau korang yang kena jangkitan serupa ni.. korang akan ikut nasihat Doktor atau orang tua-tua.. bukan apa masa aku gi ambil ubat dekat klinik tempoh hari doktor dah warning dekat aku supaya jangan sesekali minum air kelapa sebab bila minum je.. pasti semua bintik merah akan keluar seluruh anggota tubuh badan dan paling bahaya kata doktor boleh keluar dalam otak.. huhu betul ke ? Ubat ni kena habiskan dalam masa 3 hari.. huhu Doktor ada bagi 2 jenis ubat dan satu ubat sapu.. dia kata lepas makan ubat tu bintik takkan keluar lagi.. kalau sekarang ada 15 biji bintik ia akan kekal macam tu.. tapi yang peliknya aku dah mak...

Daddy Yang Sakit, Harraz Yang Kena Suntik

Imej
Assalamualaikum & salam sejahtera, Disebabkan kesihatan masih belum pulih.. Blog juga terpaksa bercuti beberapa hari.. Ni pun gagahkan diri untuk tulis entri pendek je.. Walaupun mungkin terpanjang... He3 Check sebelum bagi suntikan vaksin Chicken Pox Untuk pengetahuan semua.. Aku telah dijangkiti virus chicken pox.. Memang seksa derita... panas dan gatal satu badan.. Bermula dari kepala sekarang dah hampir satu badan semua keluar bintik merah berair macam kena minyak panas.. Aku tak ingat pulak masa kecik aku pernah kena atau tidak.. Sebab dah tua bangka ni baru pulak kena.. Huhu Masa gi klinik ambil ubat terus doktor minta aku ambilkan Harraz vaksin untuk chicken pox... Jadi untuk pencegahan awal terus bawa si Harraz ke pakar kanak-kanak untuk dapatkan suntikkan vaksin tu.. Bayor jelah RM130 untuk satu suntikkan... Tapi doktor kata tak jamin 100% tak kena cuma kalau kena hanya sikit je.. Hope cepatlah sikit baik sakit aku ni.. Banyak benda tak boleh...

Mood Nak Balik Kampung Cium Baby Baru

Imej
  Assalamualaikum & salam sejahtera semua, Jasad di Kuala Lumpur tapi roh dah ada dekat kampung mertua di Penang … macam tulah keadaannya sekarang ni.. almaklum jelah nilah rekod paling lama aku tak balik kampung mertua aku.. bukan sebulan atau 2 bulan tapi lebih 4 bulan dah aku tak balik.. kalau tanam jagung dah boleh tuai 2 kali dah.. hehehe. Start dari musim durian sampai durian tinggal daun je aku tak balik-balik.. hehehe.. tapi insyallah jika diizinkan malam ni atau esok subuh jentera perang aku akan meluncur laju ke utara.. hehehe. oooo tak boleh bawa laju-laju sekarang ni.. lebuhraya bahagian utara aku dimaklumkan banyak sekali perangkap laju terutama AES ni.. cukuplah cik malarang dah ada satu surat cinta tu.. jangan ditambah lagi surat cinta dari AES tu.. huhu. Kepulangan ke kampung kali ini lebih ceria sebab tak sabar nak jumpa anak susuan merangkap adik susuan Harraz.. yelah harraz sekarang dah dapat adik tau.. jangan tak percaya ye.. nanti dekat entri lai...

Kejutan 12-12-12 Oleh Sidia..

Imej
Ramai yang menanti-nantikan tarikh 12-12-12 ni muncul... Ada yg teringin sambut baby pada tarikh tu...ada juga yang dah rancang untuk kawin atau bertunang pada tarikh tu juga... Bagi cik isteri lain dari yang lain dibuat oleh beliau hari ini... menjelmanya tarikh cantik tu dia masak speacial untuk aku... Tq sayang.. Masakkan kuih kegemaran abang.. Semakin hari semakin hebat isteriku di dapur.. Apa yang korang inginkn pada tarikh 12-12-12 posted from Bloggeroid

Harraz Belajar Nak Dapat Adik Baru

Imej
  Assalamualaikum & salam sejahtera semua, Genap sudah 14 hari anak saudara aku yang baru dilahirkan.. dilahirkan pada 27hb November 2012 dengan berat 3.4kg.. alhamdulillah semuanya selamat dilahirkan secara normal walaupun jangkaan kelahiran awal 2 minggu.. kata pak mertua adik aku.. wife dia bersalin awal sebab baby dalam tu kepanasan kot sebab ibu dia gi belasah durian banyak sangat.. hehehe. Aku pulak sempat gi tegok anak saudara aku ni lepas 5 hari dilahirkan.. disebabkan adik ipar aku ni dah 4 kali lahirkan baby so pengalaman dah banyak & kali ni berpantang sendiri je dekat rumah mereka.. mungkin lepas habis pantang baru bawa balik baby jupa atuk dengan nenek dekat kampung.. Afiq Hazim Bin Abdul Hadi nama diberi yang memberi maksud Afiq ( yang mulia ), Hazim ( tegas/cermat/bijak/teliti ) semoga jadi anak yang soleh ye sayang.. muka sebiji tak tumpah ikut muka ibu dia… kulit cerah dengan bulu mata yang panjang.. sangat comel baby ni.. cium sikit.. Bi...

Syok Beraksi Atas Tilam Angin

Imej
  Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, Minggu yang agak sibuk membuatkan nak update blog pun asik tertunda je.. Minggu ni aku tak masuk opis lagi sebab sebuk dengan projek baru dekat cyberjaya.. so nak tengok internet pun memang tak sempat.. balik rumah je layan anak bini dulu.. gusti-gusti dengan anak sampai anak nangis dah tu terus tidur.. hehehe. Bila otak dah penat sangat memang mood nak online pun malas je.. malam ni gagahkan diri update juga sikit-sikit entri mengarut aku ni.. :-) Sebelum tu ni bukan iklan nak jual barang ye.. just nak sembang pasal cerita hujung minggu time aku bawa anak bini gi window shopping dekat Tesco Mutiara Damansara .. kebetulan tesco dekat situ baru di renovate dan telah berwajah baru.. maka terujalah cik malarang nak pegi tengok apa yang menarik.. Pada asalnya nak gi beli makanan untuk Harraz je.. tetapi entah tetiba  cik malarang terpandang dengan satu barang yang disusun dirack secara teratur.. terus dia panggil aku kata ...

First Time Jual Botol Untuk Sesuap Nasi

Imej
  Assalamualaikum & salam sejahtera, Rezeki ada dimana-mana sahaja, nak tak nak je kita carinya.. kalau kita rajin dan sentiasa berusaha insyaallah apa benda je semua boleh jadi duit.. kalau korang tak percaya sampah pun sekarang boleh jadi duit. Selalu aku balik kerja aku nampak sorang pakcik tolak basikal kutip barang-barang terbuang macam kotak, besi buruk, botol-botol plastik dan tin-tin aluminium.. kekadang aku terfikir juga berapa sangat duit yang dia dapat dengan air peluh yang mencurah-curah keluar demi untuk mencari sesuap nasi untuk anak bini dekat rumah. Gambar hiasan, sumber : google Kebetulan dekat rumah aku pun ada banyak botol-botol air yang dah kosong yang memang tinggal aku nak campak dalam tong sampah dekat belakang rumah.. tapi cik malarang cakap apa kata abg kumpul dah tu jual dekat pembeli barang-barang terbuang tu. Bila aku kumpul-kumpul adalah satu beg plastik hitam tong sampah tu botol-botol yang aku simpan.. dan kebetulan tadi pembeli bar...