Dulu-dulu Kami Menderita Sekarang Alhamdulilah

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sebelum teruskan baca entri dekat bawah ni jom layan dulu lagu ni.. lagu yang tengah hot dicorong-corong radio dan youtube.. kisah seorang budak yang dulu-dulunya hidup susah.. sekarang kehidupannya dah berubah.

Cerita kesusahan budak tu mengingatkan aku dengan kesusahan kami adik beradik dikampung dulu.. kehidupan 15 tahun dahulu sangat berbeza dengan sekarang.. kalau dulu kami semua adik beradik susah sekarang alhamdulillah.. ok lupakan kisah sedih keluarga aku ni..

Semalam adik ada hantar beberapa keping gambar rumah dekat kampung yang dah siap renovate.. memang 2 minggu lepas masa call mak.. mak ada cakap adik nak repair sikit rumah… katanya dia orang ada rezeki lebih.. aku ada juga bergurau dengan mak.. aku kata.. sapa pulak nak kawin ni.. hehehe.. mak kata tahun depan adik engkau ada lagi nak kawin kot.. hehehe..

Biasanya kalau sebuk-sebuk nak repair umah ni..mesti ada nak buat kenduri kawin je.. almaklum jelah.. adik aku ada 10 orang.. yang dah kawin baru 4 orang so maknanya ada lagi 6 kenduri kawin lagi akan berlaku dekat rumah aku dikampung.. hehehe

Sebelum aku pindah kerja KL dulu memang aku ada buatkan mak aku satu rumah dapur batu dulu dekat kampung kongsi adik beradik buatkan mak rumah dapur.. masa tu rumah dapur kami rumah kayu je.. jadi disebabkan dah terlalu uzur dan kalau naik lebih 10 orang dah boleh roboh.. kami adik beradik kongsi-kongsilah buatkan mak dapur dengan bilik air baru sekali.. lagi pun masa tu mak dah tak larat nak naik rumah kayu dengan berulang alir ke bilik air luar rumah.. jadinya kami buatkan mak dapur sekali dengan bilik air senang kalau mak nak gi mandi..

Cuma masa tu dapur yang kami buat tu tak bertile sebab tak cukup bajet.. jadinya lantai simen tu ditutup dengan tikar getah jelah.. alhamdulillah baru-baru ni.. adik ada rezeki lebih katanya tu yang dia cakap nak tile.. aku cakap kalau ada burget lebih ok je.. hehehe ..

sebelum 2

macam nilah keadaan lantai sebelum ditile.. menurut adik aku kontraktor yang nak pasang tile tu cakap lantai umah kami ni tak balance.. so kenalah simen semula supaya seimbang dan baru boleh pasang tile.

sebelum 3

hampir 10 tahun baru nak tile ni.. tengoklah warna simen tu dah macam-macam warna ada.. hehehe

sebelum 1

kabinet ni pun sebelum ni takda pintu.. tutup guna kain je.. kesiankan.. huhu

selepas 1

Alhamdulillah tile dah siap dipasang.. adik kata kontraktor cina yang buat tile ni ..memang kualiti dan teliti kerjanya..

selepas 2

Sebab tu ada orang cakap kalau nak buat kerja yang kualiti bagi je kontraktor orang cina buat.. mesti cantik..  ada juga kontraktor melayu yang hasil kerjanya bagus.. tapi tak ramai..

selepas 5

aku pun baru perasan.. dulu dinding ni aku cat warna oren.. adik aku dah cat baru rupanya sekarang..

selepas 6

lepas ni asik kena kerja mop lantailah pulak.. hehehe

selepas 4

Tangga ni aku yang design dulu.. aku saja buat bulat supaya banyak orang boleh duduk.. hehehe.. .. disebabkan aku yang buat.. kontraktor cina tu cakap dengan adik aku.. tangga yang aku buat tu.. senget benget.. hehehe.. tapi dia orang dah repair dulu sebelum pasang tile… lepas ni harraz seronoklah main panjat-panjat dekat sini..

selepas 7

cantik juga design yang adik aku pilih ni.. kalau dulu bertiraikan kain.. sekarang tidak lagi.. menurut adik aku next projek.. kalau ada burget dia orang nak buat kabinet atas pulak.. insyallah aku sentiasa doakan semoga adik-adik aku sentiasa murah rezeki.. selagi korang berbudi dan berjasa dengan orang tua.. rezeki korang tak akan putus.. insyallah..

Tak sabar nak balik cuti raya haji nanti.. nak tengok ruang dapur baru dekat kampung tu.. aku dengan cik isteri dah plan nak cuti lama sikit kali ni.. sebab raya puasa hari tu tak balik langsung kampung.. Doakan kami sekeluarga sentiasa sihat dan panjang umur ye..

Ulasan

  1. lama dah x jumpe family ko mid, kim salam mak abah ko nanti blk kg raya haji ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. insyallah bro.. raya haji aku balik. nanti aku sampaikan salam hang ye..

      Padam
  2. wah...banyak berubah dan cantik ubahsuai rumah orang tua bro. nampak kemas pemasangan tile bila dah siap. paling unik tangga yang bro buat tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah rezeki adik2 ni.. tangga tu orang kata pelik sikit hehehe

      Padam
  3. wah besar rumah mak ayah bro yer, selesa dan sejuk

    BalasPadam
    Balasan
    1. rumah kampung je.. kecik je.. dekat kg senang nak renovate takda surat daripada majlis tempatan..kalau dekat bandar mcm2 surat nak buat untuk renovate umah.. hehehe

      Padam
  4. rumah kampung mmg best kalau renovate..
    rezeki tolong org tua, nanti lagi bertambah lebih..

    BalasPadam
  5. ternyata Tegar memiliki Fans berat juga dimalaysia..He,,he,,he,, Semoga saya segera berubah nasibselaksa Tuhan merubah nasib Tegar..Amien..Amien...Amien..

    BalasPadam
  6. Alhandulillah wasyukrulillah semoga murah rezeki kalian kerana berjasa kepada orang tua.. amiiinnnn

    BalasPadam
  7. selagi kita memberi pada ibu ... inshaa allah , allah memberi pada kita ...

    BalasPadam
  8. syukur alhamdulliah..sejuk perut ibu yang mengandungkan anak seramai 10 orang yang sanggup berbakti kepada orang tua. tahniah buat semua adik beradik kamu dan kamu juga

    BalasPadam
  9. Kita sebagai anak ... pasti inilah antara perkara yang ingin kita buat...bantu untuk permudahkan kehidupan orang tua kita kan

    BalasPadam
  10. syukur alhamdulillah...melihat ibu gembira memang nikmat

    BalasPadam

Catat Ulasan

Jangan segan-segan bagi komen ye..

Catatan popular daripada blog ini

Myvi Kos Tukar Disc Brake Rotor

Myvi Kos Service Aircond Setelah 5 Tahun atau 150000KM Perjalanan

DIY Pencucur Rokok Myvi Yang Rosak