GASTRIK + PUASA

Salam semua, bila tiba bulan puasa yang akan risau adalah mereka yang menghadapi masalah gastrik. Ini adalah kerana biasanya gastrik akan terjadi bila sesorang itu memakan makan tidak mengikut jadual yang betul atau dalam erti kata lain makan tak menentu. Baru je masuk hari ke-3 berpuasa wife aku menghadapi masalah gastrik yang teruk, lepas buka je mesti akan merasai sakit perut yang amat sangat. Kesian aku tengok, sebab bila gastrik tu datang seluruh badan jadi sakit dan malam memang tak boleh tidur nyenyak. Sekarang ni pon wife aku masih belum ok sepenuhnya.. masih merasakan gastrik dia lagi. Aku dah pesan kalau tak larat jangan puasa dulu.. tapi dia kata insyaallah boleh puasa. Wife aku ni memang ada masalah gastrik dari zaman belajar lagi.. so pemakanan dia kena jaga, lewat sikit je nanti dia akan rasa gastrik tu menyerang semula. Nasib baiklah ubat dah prepair siap2 bila sakit je terus makan. Sekarang ni pon lepas buka dengan sahur je mesti makan ubat dulu. Kesian sangat a...