Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel berita harian

Kecewa Dengan Fatwa Dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan

Imej
  Assalamualaikum dan salam ramadan semua, Sangat sedih bila aku baca berita dekat paper ni yang menyatakan peserta islam pertandingan ratu cantik malaysia kecewa dengan keputusan Fatwa yang dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan tentang pengharaman wanita islam menyertai mana-mana pertandingan ratu cantik.. Seboleh-boleh nak juga dia masuk walaupun fatwa dah kata HARAM.. Aku rasa orang yang keluarkan fatwa ni pun bukan orang sebarangan dan sepatutnya apa yang diputuskan oleh fatwa wajib diikuti.. kalau kata haram.. haramlah hukumnya.. kenapa nak pertikai lagi. Tak tahulah apa nak jadi dengan dunia akhir zaman ni.. mungkin inilah tanda-tanda hari kiamat dah dekat. Tak maulah komen panjang-panjang masing-masing ada akal boleh fikir mana yang baik dan yang tak baik.. lagi pun nikan bulan puasa. Berita sepenuhnya baca sini

Pemilik blog, portal diwajib dedah identiti sebenar

Imej
  Asslamamualaikum dan salam sejahtera semua, Pagi ni aku tertarik dengan tajuk berita disurat khabar “ Blogger Hantu Diharam ”.. mula-mula aku tengok tajuk tu cerita apa pulak nikan.. sapa yang jadi hantu.. dan bila ada cerita pasal blogger ni aku memang suka nak ambil tahu sebenarnya.. almaklum jelahkan kita ni pun dalam golongan mereka jugakan.. Rupanya cerita pasal penulis blog dan portal yang suka menulis tanpa menggunakan nama identiti sebenar.. rasanya samalah dengan aku.. aku tulis pun bukan guna nama sebenar.. rasa macam poyo pulak nak guna nama penuh dalam blog ni.. hehehe Jom baca sedikit petikan dari berita online ni… Kuala Lumpur: Pemilik blog dan portal yang menyebarkan maklumat tidak sahih dan fitnah akan dikenakan tindakan tegas selepas kerajaan mewajibkan mereka meletakkan maklumat identiti sebenar tidak lama lagi, kata Datuk Seri Najib Razak. Perdana Menteri menegaskan, peraturan ‘ketetapan-sendiri’ itu bertujuan memastikan pengamal media sosial le...

Penoreh Getah Pon Boleh Jadi Jutawan

Imej
  Salam semua, Sapa kata penoreh getah tak boleh jadi jutawan korang tengok bukti dekat bawah ni.. duit berlonggok-longgok lagi.. tapi betul ke duit tu hasil dari menoreh getah? sapa boleh jawab? Sumber rujukan : Facebook Berita Harian PENGARAH Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Perlis, Mohd Pudzi Man (tengah) menunjukkan wang tunai RM253,000 yang dirampas daripada seorang penoreh getah warga Thai, selepas gagal diisytihar ketika dibawa masuk ke negara ini melalui Kompleks Kastam Imigresen dan Kuarantin (KIK), di Padang Besar, hari ini. - Foto Adha Ghazali

Toreh kemaluan isteri

Suami peluk mangsa ketika sedia makanan tengah hari MELAKA: Seorang wanita parah selepas kemaluannya ditoreh oleh suaminya di sebuah rumah di Bertam Ulu, dekat sini, pagi kelmarin, selepas lelaki itu mendakwa mendengar 'bisikan halus suara jin' memaklumkan isterinya itu berlaku curang. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi, ketika mangsa yang berusia 30-an dan bekerja sebagai jururawat itu sedang memasak hidangan makan tengah hari untuk keluarganya. Katanya, suami wanita berkenaan yang juga seorang anggota tentera dan berusia awal 40-an, dipercayai memeluk mangsa secara tiba-tiba dari belakang dan menoreh kemaluan wanita itu dengan sebilah pisau. "Wanita itu dalam keadaan cedera menghubungi Hospital Melaka bagi mendapat bantuan. Suaminya cuba membantu tapi ditepis oleh wanita berkenaan kerana bimbang dicederakan lagi. Berdasarkan siasatan awal, kita mendapati lelaki terbabit hanya sekal...