Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel klinik gigi

Pengalaman di Klinik Kesihatan Kuala Lumpur Urusan Gigi

Imej
Assalamualaikum & salam hari Jumaat yang mulia, Semoga anda semua sihat-sihat hendaknya.. kali ni saya nak share pengalaman berurusan di Klinik Kesihatan Kuala Lumpur yang baru di Jalan Fletcher.. selalu kita dengar berurusan di klinik atau hospital kerajaan ni lambat dan tak mesra pelanggan.. itu yang netizen selalu sembang dalam media sosial.. kredit : foto Bernama So buat pertama kalinya saya memang ada masalah dengan gigi.. so sebelum ni ada juga berurusan dengan klinik gigi swasta untuk rawatan gigi.. jadinya saya nk rasa sendiri buat rawatan gigi di hospital kerajaan pulak.. macam mana pengalaman tukan.. Untuk pengetahuan semua saya memang ada masalah dari kecik lagi nak mengadap muka Dr. gigi ni.. hahaha.. mungkin fobia masa kecik dulu time cabut dan tampal gigi dekat sekolah dulu.. jadi sampai ke tua ni fobia tu terbawa-bawa.. alhamdulillah juga jarang-jarang kena sakit gigi.. kekadang tu setahun adalah sekali.. bila sakit guling-giling atas katil jelah...

Deritaku Hari Ini Isteri Je Yang Tahu

Imej
  Salam semua, Akhirnya hari ini aku akur juga untuk berjumpa dengan doktor gigi gara-gara sakit yang aku rasa memang dah tak boleh nak aku tahan lagi.. sejak sebulan yang lalu. kalau sebelum ni aku masih boleh tahan tapi semalam memang aku dah rasa macam nak pecah kepala tahan sakit dan penyudahnya terpaksa aku singgah farmasi untuk beli ubat tahan sakit. Biasalah dah namanya ubat lepas makan ok.. dah habis kesan ubat tu sakit datang lagi.. tido malam dah confirm-confirm tak boleh… dan penyudahnya cik malarang paksa aku juga gi jumpa doktor.. dan pagi tadi klinik doktor dekat bawah ni yang aku pergi.  Klinik Pergigian Raffles dekat rumah aku.. sampai-sampai je terus register dah tu terus doktor panggil untuk check. Sebenarnya dari kecik lagi aku memang dah alah nak jumpa doktor gigi ni.. tak tahulah pasal apa.. rasanya last aku jumpa doktor gigi ni masa tahun 1997 masa aku nak masuk universiti dulu sebab kena buat medical chekup.. kalau kira-kira tu dah dekat 1...