Pengalaman di Klinik Kesihatan Kuala Lumpur Urusan Gigi

Assalamualaikum & salam hari Jumaat yang mulia,

Semoga anda semua sihat-sihat hendaknya.. kali ni saya nak share pengalaman berurusan di Klinik Kesihatan Kuala Lumpur yang baru di Jalan Fletcher.. selalu kita dengar berurusan di klinik atau hospital kerajaan ni lambat dan tak mesra pelanggan.. itu yang netizen selalu sembang dalam media sosial..

kredit : foto Bernama


So buat pertama kalinya saya memang ada masalah dengan gigi.. so sebelum ni ada juga berurusan dengan klinik gigi swasta untuk rawatan gigi.. jadinya saya nk rasa sendiri buat rawatan gigi di hospital kerajaan pulak.. macam mana pengalaman tukan..

Untuk pengetahuan semua saya memang ada masalah dari kecik lagi nak mengadap muka Dr. gigi ni.. hahaha.. mungkin fobia masa kecik dulu time cabut dan tampal gigi dekat sekolah dulu.. jadi sampai ke tua ni fobia tu terbawa-bawa.. alhamdulillah juga jarang-jarang kena sakit gigi.. kekadang tu setahun adalah sekali.. bila sakit guling-giling atas katil jelah dan makan ubat.. hehehe.

So azam tahun baru 2019 ni kiranya nak buanglah fobia tu.. dan gagahkan diri pergi klinik gigi.. kali ni KKKL yang jadi pilihan sebab tempat baru dan dekat dengan opis.. sambil tu minta isteri temankan.. hahaha.. masih ada rasa penakut tu.. 

Sampai lebih kurang 9.15 pagi dekat parking KKKL tu dan terus cari kaunter pertanyaan sebab tak tahu dekat mana bahagian pergigian.. KKKL yang baru ni sangat besar dan selesa.. bab parking kereta pun tak perlu risau sebab banyak lot parking awam.


Waktu operasi di bahagian pergigian KKKL


ruang menunggu yang selesa


Lepas tanya dekat kaunter terus naik ke Tingkat 1 seperti yang nurse maklumkan lokasi bahagian pergigian.. sampai-sampai ambil no.giliran dan serah IC di kaunte dan tunggu no. dipanggil untuk register.. bagi orang awam register kena bayar RM1.. kalau kakitangan kerajaan dan ada GL free je.. lepas register staff nurse minta buat ujian tekanan darah di meja bersebelahan.. 

Alhamdulillah BP kali ni ok.. lepas check BP serah pada kaunter semula dan tunggu giliran no.dipanggil sekali lagi untuk jumpa dengan Dr. gigi.. lebih kurang dalam 15 minit lepas check BP no. dipanggil dan masuk ke bilik yang ditetapkan..

Biasalah sampai dalam bilik Dr. je.. kena interviewlah.. macam-macam Dr. tanya.. dah tu saya maklumkan nk cabut sebatang gigi geraham bawah sebelah kiri paling belakang sekali.. sebab gigi tu dah goyang dan berlubang.. so malas nak jaga n asik tersumbat makanan.. jadinya saya fikir cabut jelah..

Saya pun tak ingat dan berapa puluh tahun yang tak jumpa Dr. gigi.. so pertamanya Dr kasi bius dulu tak surelah berapa kali yang rasa macam 3 ke 4 kali dia cucuk dan rasa macam kena gigit sengat lebah gitulah.. hahaha.. lepas bius Dr. minta tunggu dekat luar sekejab dalam 5 minit gitu bagi bius betul-betul dan kebaskan sebahagian dalam mulut dan gusi..

Perasaan tu masih berdebar lagi.. so masa dah tiba lebih kurang 5 minit duduk tunggu nurse panggil masuk.. tak sampi 2 minit Dr kata ok dah siap.. memang tak sakit dan tak rasa apa-apa pun.. sebelum keluar bilik Dr. bagi satu kad untuk buat bayaran..

Pergi kaunter dan buat bayaran untuk sebatang gigi yang di cabut RM1.. kalau gi klinik swasta pastinya tak kurang RM100 rasanya.. hehehe.. syukur jimat dan terima kasih diatas subsidi dari kerajaan.. macam saya cakap dekat atas tadi kalau kakitangan kerajaan dan ada GL free rasanya.

Selesai semua urusan dan terus balik rumah.. alhamdulillah balik rumah pun takdalah rasa sakit-sakit.. kalau tak silap lepas solat Jumaat masa tu baru betul-betul bius habis dekat mulut.. kalau tak rasa kebas pipi dengan lidah..

Hari ni Jumaat juga sekali lagi saya datang kembali ke KKKL ni untuk buat rawatan kali ke-2 kali ni saya gagahkan diri datang sorang..alhamdulillah sama seperti minggu sebelumnya urusan cepat dan selesai tanpa sebarang masalah.. cuma kali ni saya tak dapat Dr. yang sama.. dapat Dr lelaki pulak.. tapi ok tiada masalah.. beza dengan Dr sebelum ni.. yang kali ni bius dan bagi baring seminit dua dan terus cabut.. rasa bius pun dah nak habis masa taip story ni.. hehehe..

Harapnya dalam sehari dua ni takda apa-apa masalah yng timbul.. insyallah kalau semua ok sahaja saya akan datang lagi minggu hadapan untuk urusan seterusnya.. 

Anak ada cakap pagi tadi.. kalau daddy gigi semua dah habis cabut boleh guna gigi gajah atau dinasour pasang yang palsu.. hahaha..

Oklah rakan-rakan pembaca blog semua.. next ada story yang boleh saya share saya share lagi.. jumpa lagi.. daaaaaa.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Myvi Kos Tukar Disc Brake Rotor

Myvi Kos Service Aircond Setelah 5 Tahun atau 150000KM Perjalanan

DIY Pencucur Rokok Myvi Yang Rosak