Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel doa

Doa Pagi vs Buah Zuriat Keywords Terpilih Di Blog Ini

Imej
  Salam semua, Rasanya aku dah kena demam SEO dek gara-gara contest cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati ni.. takpe kita abaikan dulu contest tu sekarang aku nak menyembang pasal keywords terpilih dalam blog ni. Bila sebut Keywords atau SEO yang layak bercerita adalah Jejaka dari Moscow ni.. bukan aku.. apa yang aku nak sembang dekat sini adalah kalau kena pada keywords yang kita gunakan untuk tajuk entry kita.. memang sangat menguntungkan. Ini kerana tanpa perlu update entry setiap hari pengunjung akan masuk kedalam blog dengan bantuan keywords yang kita ada sebelum ni. Nilah rupa Buah Zuriat , sapa yang tak pernah tengok? Buat masa ini terdapat dua keywords yang sangat membantu dalam penghasillan traffic di blog ni iaitu Doa Pagi dan Buah Zuriat .. kedua-dua keywords tersebut ada pada entri yang pernah aku hasilkan pada tahun 2010.. dan memang tak sangka keywords Doa pagi masih kekal dalam engine carian Google sehingga ke hari ini.(boleh check disini ) Kalau...

Doa Duduk Antara 2 Sujud

Imej
  Salam semua, Tertarik dengan status sahabat aku di facebook pagi ni.. sama-samalah kita kongsi dan hayati bersama.. ✔ Rabbighfirlii ( Tuhanku, ampuni aku ) ✔ Warhamnii ( sayangi aku ) ✔ Wajburnii ( Tutuplah aib-aibku ) ✔ Warfa’nii ( Angkatlah darjatku ) ✔ Warzuqnii ( Berilah aku rezeki ) ✔ Wahdinii ( Berilah aku petunjuk ) ✔ Wa’Aafinii ( Sihatkan aku ) ✔ Wa’fuannii ( Maafkan aku ) Pernahkah kita ambil tahu makna doa ini.. sama-samalah kita ingat mengingatkan.. Amin

KAEDAH MAKAN BUAH ZURIAT

Imej
Salam, Sapa yang perasan entri aku sebelum ni " Alhamdulillah bertemu dengan Buah Zuriat " yang mana aku janji akan kongsi macam mana cara nak memakan buat zuriat ni. Pagi ni kalau korang nak tahu aku baru je selesai mengerjakan 2 biji buah zuriat ni.. kata orang kalau dah buat sendiri baru tahu macam mana susahnya nak mengerjakan buah zuriat yang sangat keras ni. Bentuk Buah Zuriat Daripada sumber-sumber bacaa dari google dan blog-blog rakan yang ada pengalaman mengerjakan buah zuriat ni..kesimpulannya adalah seperti dekat bawah ni CARA MAKAN BUAH ZURIAT   (kredit dari blog Serumpun kasih ) Ada beberapa cara yang di sarankan oleh mereka-mereka yang telah mencuba iaitu :- Cara Pertama Beberapa rakan arab memberitahu caranya dengan menggunakan sudu di ketuk-ketuk sekitar buah zuriat ( tak perlu di belah ) dan kita ibaratkan seperti kita sagat/kikis buah ini menjadi serbuk dan di makan begitu sahaja ataupun di campur bersama susu. Cara Kedua Oleh kerana bu...

Doa Akhir Tahun 1431H | Doa Awal Tahun 1432H

Imej
Salam semua, Pagi yang mulia ni aku nak kongsi sesama kita yang muslim panduan doa akhir tahun dan awal tahun bagi tahun hijriah. Semua orang tahu yang esok kita akan menyambut 1 muharam 1432H yang mana sunat untuk membaca doa Akhir tahun dan awal tahun setiap tahun baru hijriah. Di bawah aku kongsi panduan dan doa akhir tahun dan doa awal tahun DOA AKHIR TAHUN.... Doa akhir tahun dibaca pada akhir waktu asar tanggal 29 atau 30 Zulhijjah sebanyak 3 kali. Dengan izin Allah, sesiapa yang memabaca doa ini akan mendapat Perlindungan Allah SWT dari fitnah dan tipu daya syaitan serta mendapat setahun keampunan dosa selama setahun kebelakang. Berikut adalah doanya: Bismillaahirrahmaanirraahiim, wa shollalloohu'alaa sayyididinaa muhammaadin wa'alaa aalihi wa shohbihii wa sallama, Alloohumma maa'amiltu fii hadzihis sanati mimmaa nahaitanii'anhu falam atub minhu wa lam tardhohu wa lam tansahu wa hamiltu 'alayya ba'da qudrotika 'uquubati wa da'autanii ilattaubati m...

Bacalah Doa pagi

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Ya Allah, Ya Tuhan Kami, Kami sambut kedatangan hari ini dengan kesyukuran kepada Mu. Sempurnakan nikmatMu untuk kami pada hari ini dan kekalkanlah nikmat yang telah engkau kurniakan kepada kami selama ini dan kurniakan kelazatan untuk kami dalam mengecap akan segala nikmat yang dikurniakan kepada kami. Ya Allah Ya Tuhan Kami, Kami memohon kepada Mu akan nikmat secukup-cukupnya, memohon kesihatan semulia-mulianya, memohon rezeki semewah-mewahnya, memohon umur setua-tuanya, memohon rahmat dan nikmat sebanyak-banyaknya, memohon anugerah sebaik-baiknya, memohon sifat lemah lembut yang sehalus-halus Hikmahnya, memohon amal yang sebenar-benar faedahnya. Aminn..