Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel hadith

HADITH PALSU KELEBIHAN TARAWIH

Imej
  Salam ramadhan semua, Semalam aku ada tulis satu petikan Hadith diwall facebook aku berkenaan dengan kelebihan solat sunat Tarawih di malam pertama.. tak lama lepas aku tulis diwall aku tu.. tetiba sahabat facebook aku terus komen minta aku supaya jangan sebarkan Hadith tersebut kerana didapati hadith tersebut adalah hadith palsu . Kredit image : Google Beliau turut meminta aku merujuk berkenaan hadith palsu tersebut di laman web JAIS .. so bila aku rujuk dilaman web JAIS tu memang telah dimaklumkan bahawa hadith yang menyenaraikan kelebihan solat sunat tarawih tersebut adalah hadith palsu. Semoga kita sama-sama sentiasa ingat mengingatkan antara satu sama lain berkaitan dengan penyebaran hadith palsu ini.. untuk maklumat selanjutnya rujukan di Web JAIS ** entri sebelum ni yang pernah dikeluarkan mengenai kelebihan solat sunat tarawih setiap malam telah dikeluarkan dari blog ini **

Siapa "lelaki kacak" itu ....

Imej
  Salam ramadan semua, Satu kiriman email yang baru aku terima tadi dari isteriku yang aku rasa perlu aku kongsikan bersama-sama di bulan ramadan ini.. teruskan membaca Hadis yang Menarik Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati. Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.' Selepas itu dia...

~~~MANISNYA BUAH IMAN~~~

Imej
Bila iman telah terpatri di dalam lubuk hati, maka hilanglah kebiasaan-kebiasaan perbuatan yang bertentangan dengan kesuburan iman, sehingga hati akan menjadi bersih, dengan demikian akan timbullah daripadanya akhlak yang terpuji dan mulia. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “ Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia mengucapkan kata-kata yang baik atau lebih baik diam. Barang siapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia menghormati tetangganya. Barang siapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan tetamu. ” (HR: Bukhari & Muslim) Hadith ini menerangkan kepada kita, bahawa ada tiga macam akhlak yang terpuji yang biasa dikerjakan oleh orang-orang yang beriman: 1. Ia selalu berkata baik 2. Menghormati tetangganya 3. Memuliakan tamunya Ketiga akhlak mulia ini terbit atau keluar dari sumber mata air iman. Apabila mahu menggunakan akal dan ilmu pengetahuan yang dimiliki s...