Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel cek nuffnang

Rezeki Harraz Untuk Beli Susu Dan Pampers

Imej
  Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, Alhamdulillah walaupun aktiviti blogging aku agak slow sekarang ni.. masih ada rezeki dari site income blog ni.. setelah beberapa bulan tak dapat cek dari Nuffnang .. tadi pagi sampai opis je dah ada 2 keping surat atas meja.. rasanya semalam sampai kot.. tapi disebabkan aku tak masuk opis semalam sebab buat kerja luar so kerani opis tu letak atas meja aku je. Bolehlah buat beli susu formula dengan pampers anak nanti.. kali ni rasanya anak aku kena tukar susu formula yang lagi mahal.. sebab dah 2 jenis susu formula murah yang aku bagi tak serasi.. setiap kali nak buang najis asik derita je.. Demi anak terpaksalah juga belikan susu formula yang mahal gamatnya.. harap-harapnya takda lagi masalah sembelit lepas ni.. ** Doakan aku sentiasa sihat supaya dapat terus merapu dalam blog kesayangan aku ni.. **

Cek Berganda Dari Nuffnang

Imej
  Salam ambang Merdeka semua, Kurang dari 24 jam dari sekarang seluruh rakyat malaysia akan menyambut Hari Ke merdeka an Yang Ke-55 .. sedar tak sedar dah 55 tahun kita merdeka.. harapnya bila dah 55 kali sambutan dibuat, minda rakyat malaysia pun telah lama merdeka dan bukan dijajah lagi. Kembali kepada Cek Berganda Dari Nuffnang ni.. asik-asik nak cerita pasal dapat cek je.. bosanlah nak baca.. mungkin ada yang cakap macam tu.. :-) tapi takpelah aku suka nak kongsi pengalaman aku dengan nuffnang yang tak berapa suka tu maaflah ye.. :-). Pagi-pagi dalam kereta nak gi keje.. cik malarang dah tanya “abg tadi nampak dekat email ada Payment Advice dari HSBC”. . terus aku senyum sorang-sorang.. dalam hati.. Alhamdulillah rezeki lepas raya ni ada lagi rupanya.. Almaklum jelahkan bulan ni semua orang dapat gaji awal.. so bila gaji awal makanya bulan akan datang mesti rasa lama sangat baru gaji masuk.. so kebetulan dapat email payment advice tu.. dapatlah cover sikit duit ...

2 Sampul Surat Berisi Rezeki

Imej
  Salam semua, Tengah-tengah dok melayan internet, tiba-tiba kak dekat opis aku hulurkan aku dengan 4 keping sampul surat.. mula-mula aku ingat sampul surat bil bulanan handpone aku.. sekali aku tengok memang betul 2 sampul tu dari celcom untuk bil pospaid bulan lepas dan 2 sampul lagi rupanya adalah sampul surat berisi rezeki . Wah memang tidak kusangka 2hb dah sampai dekat tanggan cek dari nuffnang dan churp churp .. kalau nuffnang ni cek yang ketujuh untuk 2 tahun bersama nuffnang dan kalau untuk churp churp ni cek pertama… Tq NUFFNANG & CHURP CHURP. Alhamdulillah adalah rezeki aku untuk shopping barang-barang baby lagi hujung bulan ni dekat Mid Valley. Rakan-rakan blogger yang lain ada yang dah dapat sampul berisi rezeki tak? kalau pagi tadi Mat Tiger dah tunjuk Cek dia yang bernilai RM5k.. memang gila kentang.. sebulan 5k tu.. apa pon memang berbaloi dengan usaha dia selama ni. Kata orang kalau ada usaha adalah jalannya.. tapi kalau dok duduk dia je.. masak...

Sampul Surat Berisi Rezeki

Imej
  Salam semua, Alhamdulilah rezeki bertambah lagi bulan 5 ni.. korang rasa apa yang ada dalam sampul ni ye? hehehe.. tahun 2011 memang rezeki murah dan majikan aku nuffnang belum lagi mengecewakan.. sebab tu aku masih setia lagi .. walaupun dah ramai yg beralih angin. Nampak gayanya bolehlah rasanya gi bercuti ke Langkawi bulan 6 ni membawa bersama cik pn. malarang.. Semoga lepas ni bertambah-tambah murah lagi rezeki kami sekeluarga amin. P/S : Setiap manusia ada rezekinya masing-masing.. cuba manusia tu kena pandai nak cari rezeki tu dimana.. kalau duduk berdoa sahaja tanpa usaha.. duit takkan jatuh dari langit.. korang setuju tak?

Cek Nuffnang Untuk Suami Isteri

Imej
Salam semua, 2 keping cek untuk myvitrd & malarangkak Alhamdulilah rezeki bulan 3 dah sampai… Syukur kepada ilahi.. terima kasih kepada nuffnang .. kalau macam ni tiap-tiap bulan bagus juga.. hehehe P/S : Rezeki tak datang bergolek kalau tidak dicari

Kalau Korang Dapat Cek Nuffnang Aku Dapat Juga

Imej
  Assalamualaikum, Sana sini sebuk publish cek nuffnang yang dah sampai.. jelouslah aku bila cek aku tak sampai-sampai lagi.. tapi itu dulu sekarang dok lagi.. sebab apa? sebab cek aku pon dah sampai semalam.. hehehe.. kali ni korang pulak aku nak kasi jelous.. hehehe Alhamdulillah.. dengan cek sekeping ni dapatlah aku bayar satu bulan kereta aku.. hehehe.. tak banyak mana pon kalau dibandingkan dengan tokey rimau eyriqazz atau ben ashaari .. kata orang tu sikit-sikit pon syukurlah.. Janji setiap bulan boleh lepas bayar duit keta aku tu jadilah.. hehehe. Cek Nuffnang ke-4 Yang bestnya awal bulan depan ada lagi… next bulan seterusnya pon ada sekeping lagi… hehehe.. semua berkat kesabaran aku selama ni dalam berblog.. niat dihati nak kumpul dulu cek tu.. sebab nak guna gi honeymoon kali ke-2 bulan 5 nanti.. wah haneymoon lagi? hehehe.. kemana tu? yang ni kena tunggu dulu.. kalau habaq sekarang tak surpriselah namanya. Oklah cerita panjang-panjang nanti orang menyampah...

Cek ke-3 dari Nuffnang Akhirnya Tiba

Imej
Salam, Wah bila dapat cek je semua orang nak publish dekat blog.. kenapa ye? nak berlagak ke? opsss jangan berfikiran begitu.. niat aku ikhlas je.. hanya nak bagi semangat dekat blogger-blogger baru yang berjinak-jinak dengan nuffnang . Mungkin ramai blogger baru berkata " betul ke nuffnang bayar kita? " so sekarang cek dibawah adalah buktinya.. dan ini merupakan cek ke-3 dari nuffnang dalam tempoh 11 bulan aku mendaftar di nuffnang . Terima kasih nuffnang sebab membayar iklan-iklan yang dipaparkan diblog myvitrd . Kalau boleh kasilah banyak2 sikit buffered earning.. maklum jelah blog myvitrd buffered earning dah 2 bulan tidor.. Tagged as : Nuffnang membuat bayaran dengan cek , Cek pendapatan hasil dari iklan nuffnang , bukti nuffnang membayar blogger

Cek ke-2 dari Nuffnang

Imej
" Bukti cek aku dah sampai " Salam pagi semua, ingat lagi tak entri aku beberapa yang hari yang lepas yang aku kata cek nuffnang dalam perjalanan lepas aku terima email dari HSBC. Apa yang aku kata tu dah menjadi kenyataan semalam tengahari selepas aku buat cash out earning aku yang telah berlalu selama 36 hari akhirnya cek tu dah sampai ke tangan aku.. Alhamdullilah syukur.. dan terima kasih banyak-banyak Nuffnang. Sorry ye aku terpaksa sembunyikan nilai pendapatan tu sebab tak nak ada blogger nanti kata aku riak pulak.. biarlah rahsia ye.. cukuplah sekadar untuk bayar sebulan Myvi aku.. hehehehe.. Alhamdullilah.. Kepada yang tak terima cek lagi harap bersabar ye.. insyaallah cek tu akan sampai juga nanti.. terus berblog secara berkhemah lagi.. Diharapkan nuffnang sentiasa memberikan aku Buffered Earning yang banyak di bulan-bulan mendatang.. :-) tq nuffnang.. Tagged as : Cek ke-2 pendapatan blog dari nuffnang , Cek pertama dah selamat sampai

Cek Nuffnang Dalam Perjalanan

Imej
Setelah hampir 30 hari aku cash-out earning aku akhirnya pagi jumaat lepas aku terima email dari pihak HSBC Bank. Sebelum ni aku pernah dpt juga cek dari nuffnang , tapi seingat aku takda pulak HSBC antar email sebelum cek sampai, tapi kali ini ada bagus sikit sebab awal2 lagi sebelum cek sampai dekat tangan aku HSBC Bank dan antar notis " Payment Advice ". Jadi kalau rakan-rakan yang dah pernah buat cash-out dan tiba-tiba dapat email mcm aku tu.. jangan risau cek dah ontheway nak sampai tu.. hehehe. Tq kepada pihak nuffnang sebab luluskan cash-out earning aku setelah 6 bulan berblog dan bersama komuniti nuffnang . sama-samalah kita tunggu ye cek ke-2 aku sampai tu.. oklah tunggu update seterusnya nanti ... Tagged as : Cek Nuffang ke-2

Cash Out Nuffnang Sekarang !!

Imej
Salam pagi semua, hai pekabar semua rakan2 sekalian.... aku mengharapkan korang bergembira semua sama macam aku bergembira bila dah cash outkan pendapatan dari nuffnang ni.. hehehe ni merupakan cash out kali ke-2 yang aku buat selepas hampir setengah tahun aku berblog sampil menjadikan nuffnang sebagai majikan part time aku. penghujung tahun lepas aku pernah cash out akaun nuffnang aku kali pertama dengan tak seberapa pendapatan, tapi alhamdullilah cukup aku nak bayar broadband aku tu.. hehehe kepada sahabat yang tak tahu bila waktu sesuai kita nak cash out pendapatan nuffnang, disini aku nak g tahu hari ini adalah hari paling sesuai iaitu penghujung bulan. ada antara rakan2 kita yang buat cash out setiap 27 & 28hb setiap bulan dan ada juga yang akan cash out pada hari isnin terakhir setiap bulan. itu semua bergantung kepada kehendak korang. cuma apa yang aku nak pesan kalau nak dpt cek tu cepat jangan cash out pada awal bulan sebab ini akan menyebabkan korang punya cek akan sampai...