Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel saman

Kos Bayaran Saman Tunda Kenderaan DBKL

Imej
  Assalamualaikum & selamat sejahtera semua, Petang ni aku nak kongsi sikit pengalaman aku meneman rakan pejabat aku gi bayar saman motosikal lepas kena tunda dengan DBKL . Di Kuala Lumpur ni kalau korang silap atau salah meletakkan kenderaan pastinya 2 kemungkinan yang akan korang hadapi yang pertama kenderaan akan disaman oleh DBKL / Polis atau kenderaan anda di Tunda oleh DBKL.. Cuba bayangkan keluar-keluar je dari membuat urusan pejabat.. tengok-tengok motorsikal atau kereta dan hilang dari tempat korang parking tadi.. mesti dalam kepala korang akan fikir kenderaan korang dah kena curi.. biasanya kalau korang kehilangan kenderaan pastinya korang akan kebalai polis berdekataan untuk membuat laporan polis.. sampai-sampai je di Balai polis pegawai polis tu akan cakap “ en. punya kereta atau motor bukan kena curi, tapi kena tunda dengan DBKL kerana meletakkan kenderaan di tempat yang tidak sepatutnya ”. Jadinya satu kerja pulak korang kena buat.. nak tak nak kenalah gi ...

60 Sen Punya Pasal Kena Denda RM100

Imej
  Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, Memang malang betul nasib.. tak sampai 5 minit masuk pejabat pos area umah aku.. keluar-keluar je aku dah tengok ada surat cinta yang diselit dekat cermin depan.. bila aku tengok betul-betul.. aduhhhhh kena saman parking dengan MBPJ pulak.. Padahal tempat bayar tiket parking tu depan kereta yang aku parking tu je.. pasal apa aku boleh tak perasan untuk beli tiket parking tu dulu.. emmmm memang dah nak kenakan.. nak buat macam mana.. kekadang benda depan mata pun tak perasan.. Kalau saman DBKL korang tak bayar confirm korang akan disenarai hitamkan untuk perbaharui cukai jalan kereta (road tax).. tapi kalau MBPJ tak bayar rasanya ada masalah tak untuk renew road tax ni? dahlah awal bulan depan road tax kereta dah mati.. sapa ada pengalaman kena saman dengan MBPJ ni.. boleh dapat pengurangan ke kadar saman yang dia tulis dalam surat saman tu? Kongsi sikit pengalaman korang…

BERITA TERKINI : Tempoh Bayaran Saman dilanjutkan 10 Hari Lagi!

Imej
Salam, Peluang membayar saman dilanjutkan lagi selama 10 hari.. so kepada yang belum bayar saman lagi.. cepat-cepat serbu lagi pejabat pos.. apa tunggu lagi bayolah cepat..hehehe Berita Sumber BERNAMA 02 Mac, 2011 15:02 PM Kerajaan Lanjutkan Tempoh Bayaran Trafik Selama 10 Hari PUTRAJAYA, 2 Mac (Bernama) -- Kerajaan melanjutkan tempoh pembayaran saman trafik selama 10 hari mulai Selasa hingga 10 Mac ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengumumkan di Putrajaya pada Rabu. -- BERNAMA P/S : Jangan tunggu hari ke 9 atau 10 baru nak g bayar ye... -------------------------------------------------------------- Follow Di Facebook | Follow Di Twitter --------------------------------------------------------------

Tips Bayar Saman Secara Online | MyEG.com.my

Imej
Salam,   Kenapa orang ramai beratur panjang di balai polis trafik atau berlumba-lumba nak gi bayar saman sekarang ni? Semua gara-gara pengumuman terbaru yang telah dibuat oleh PDRM berkenaan pengurangan kadar bayaran saman atau senang faham PDRM tengah bagi diskaun 50% hujung tahun ni untuk jelaskan saman yang berlonggok-longgok tu.   Info dari MyEG.com.my   Alhamdulilah aku sepanjang tahun ni takda lagi saman.. dan kalau boleh dijauhkan lah dengan saman ni.. sebab aku kira saman ni macam buang duit je. kalau duit tu guna belanja kawan-kawan takpe..hahaha.   Tapi baru-baru ni wife aku yang kena saman gara-gara bapa mertua aku bawa keta yang didaftarkan atas nama wife aku.. apa lagi RM300 surat cinta sampai dekat umah.. huhu.   Nasib baiklah tengah ada promosi 50% ni.. cepat-cepat kita orang gi bayar secara online. Boleh ke saman bayar secara online?     Ya.. boleh.. saman boleh dibayar secara online melalui MyEG.com.my .. ...

Kompaun JPJ naik 333 peratus

Imej
KUALA LUMPUR - Para pemilik kenderaan dan pengguna jalan raya perlu lebih berhati-hati selepas ini berikutan kadar kompaun maksimum kesalahan jalan raya akan dinaikkan daripada RM300 kepada RM1,000 tidak lama lagi. Kenaikan kira-kira 333 peratus itu berikutan pindaan ke atas Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang akan dikuatkuasakan kelak. Peruntukan itu adalah antara 51 Fasal pindaan yang terkandung di dalam Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 yang dibentangkan untuk bacaan kali pertama oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Rahim Bakri di Dewan Rakyat semalam. Antara pindaan lain yang dicadangkan termasuk menaikkan umur kelayakan memohon lesen memandu motosikal daripada 16 tahun kepada 17 tahun. Penalti bagi kesalahan melanggar umur kelayakan itu juga dinaikkan daripada tidak melebihi RM2,000 kepada tidak kurang daripada RM1,000 dan tidak lebih daripada RM5,000. Rujukan : Kosmo Apa pendapat korang jika benar2 saman akan jadi kenyataan dengan di naikkan maximum RM1000....