Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel hari raya

Tema Raya Tahun Ini Jubah Pak Arab

Imej
Salam hari jumaat semua.. Macam mana raya korang semua tahun ni... Pastinya sangat meriahkan.. Dilaman sosial facebook juga tak kurang meriahnya dengan gambar-gambar suasana hari raya yang korang upload dari semalam.. Kami di Penang tahun ni menyambut hari raya dengan tema jubah pak arab yang di sponsor oleh ibu dan ayah mertua.. Hari kedua ni kami sekeluarga akan start berkunjung ke rumah saudara sebelah cik isteri.. Hari raya pertama kami tak kemana-mana sebab saudara mara family cik isteri berkampung di rumah mertua.. Memang meriah sangat.. Published with Blogger-droid v2.0.10

Juadah Wajib Hari Raya Di Pulau Pinang

Imej
  Salam lebaran semua, Setiap negeri di negara kita pastinya ada makanan tradisi wajib di pagi hari raya .. tahun ni merupakan kali ke-2 berhari raya bersama mertua di Pulau Pinang dan sudah semestinya juadah di pagi raya sangat berbeza dengan keluarga aku di Johor. Kalau di Johor bagi keturunan Bugis seperti aku juadah wajib dihari raya yang mesti ada adalah BURASAK yang dimakan bersama lauk ikan parang, rendang daging, ayam masak kicap dan lain-lain lagi. Tetapi di Penang sangat berbeza kebanyakkan rumah wajib menyediakan Laksa.. Penang memang tidak dapat di pisahkan dengan laksanya.. bermula dari aku tidak makan laksa sampailah sekarang aku merupakan hantu laksa.. hehehe. Kuah laksa sentuhan air tangan ibu mertua tercinta… ni adalah laksa beras.. Selain dari laksa ada juga disediakan ketupat daun palas yang dimakan bersama kuah kacang.. lemang dan ketupat daun kelapa memang tiada dihidang dirumah mertua aku.. Kalau di Penang dengan laksanya.. b...

Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin

Imej
  Salam lebaran buat semua pembaca blog ini, Di kesempatan pagi lebaran ini, kami sekeluarga dari Myvitrd.com ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin . Andai kata ada keterlanjuran kata-kata dan tulisan di blog ini yang menyentuh perasaan pembaca harap dimaafkan.. yang baik datangnya dari Allah S.W.T dan yang buruk datangnya dari penulis sendiri.. Kepada keluarga & adik beradik di kampung di Johor, jangan sedih-sedih sebab tak dapat beraya disana tahun ini.. insyaallah tahun hadapan andai kata masih dipanjangkan umur akan beraya di Johor pulak ye.. Makan Burasak dengan Ikan Bawal, Sambil menyembang dengan anak menakan Salam lebaran di pagi Syawal Andai ada silap harap dimaafkan Kepada yang berkunjung ke rumah sanak saudara.. berhati-hatilah dijalan raya.. semoga hari raya ini disambut dengan kecerian.. jangan dilupakan rakan-rakan yang sedang berduka.

[ Gambar ] Suasana di Hari Raya Pertama

Imej
Salam pagi semua ... selamat hari raya kepada anda semua pembaca blog myvitrd . setelah 2 hari berhari raya teringgin juga aku nak upload gambar-gambar suasana berhari raya bersama mertuaku buat pertama kalinya tahun ni. Tahun ini merupakan tahun pertama aku berhari raya bersama isteri tercinta di umah mertuaku di Pulau Pinang. Tahun lepas sebelum kawin aku beraya bersama keluarga di Johor. selama 30 tahun beraya di Johor bersama ibu, ayah dan adik-adik di kg. merupakan pengalaman yang tak dapat dilupakan dan kini giliran beraya di negeri orang. Sedih tetap ada dihati sebab kekadang terfikir takut-takut, sempatkah lagi aku berhari raya bersama ibu dan ayah serta adik-adik di johor pulak tahun depan. ajal dan maut ditangan tuhan dan kita hanya mampu berdoa semoga kita semua dipanjang umur dan berjumpa lagi di hari raya tahun hadapan. Dibawah antara beberapa gambar yang sempat aku ambil di hari raya pertama umah ibu mertuaku. Baju raya tema biru terkois tahun ini 2 orang adir iparku yang...

Beraya Di Rumah Mertua Penang

Imej
Salam hari raya semua, alhamdullilah syukur selamat juga aku sampai ke rumah mertua aku pagi tadi jam 4.30 pagi. aku rasa nilah travel aku yang paling lama time aku balik umah mertua aku. mana taknya aku gerak lepas abis keje jam 5.00 ptg terus g ambil syg aku dah tu masuk lebuhraya utara-selatan jam 7.00 petang. disebabkan aku nak buka puasa aku singgah buka puasa dengan syg aku di bahu jalan R&R Rawang. kalau korang nak tahu kawasan parking dekat R&R Rawang memang penuh, so aku ambil keputusan berenti dekat bahu jalan je. rupa-rupanya banyak lagi kenderaan yang berenti dekat bahu jalan untuk buka puasa. ada satu keluarga tu siap bersila satu family tepi jalan buka puasa. memang suasana balik kg. nak beraya tu dirasai amat sangat. deretan kereta yang singgah untuk berbuka puasa di R&R Rawang Berbuka dalam kereta.. nasi beriani yang dibeli oleh syg aku.. tq syg kesian syg aku tak selesa kot buka puasa dalam kereta.. first time buat keje macam ni.. hehehe sekarang ni aku bar...

Suasana Raya Dah Menjelma

Imej
Salam petang semua, nampaknya bahana suasana nak raya dah semakin kita semua rasai.. bukan dekat opis aku je tapi rata-rata semua tempat keje macam tu. Macam dekat opis aku suasana kerja tu dah takda... semua sebuk cerita pasal kuih raya, duit raya dan macam-macam lagilah. mood nak keje tu dah takde.. kalau bos kata esok dah boleh cuti aku rasa opis aku ni dah kosong kot..hehehe sampaikan syg aku sendiri pon dah kata abg jom kita cuti g shopping dah takda mood nak kejelah.. hehehe.. aku kata takpe minggu ni kita cutikan kita g shopping sampai pengsan..hahaha.. oklah apa pon yang penting mood nak berblog ni tak kurang.. teruskan blogging anda... Tagged as : Suasana menjelang hari raya