Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel penyakit tulang belakang bengkok

Penyakit Scoliosis Buatkan Hidup Tidak Selesa

Imej
  Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, Semoga di penghulu segala hari, hari Jumaat ini anda semua semakin sihat dan ceria bersama keluarga.. walaupun aku sendiri nampak dari luar macam gembira dan sihat.. tapi dalaman sebenarnya kurang sikit.. mungkin ujian dari Allah agaknya.. terima jelah dengan hati yang terbuka.. Hujung minggu lepas aku ada balik ke kampung untuk majlis kawin adik lelaki aku.. dalam pada masa cuti 2 hari tu ada aku bertanya dengan mak aku.. samada  aku pernah terjatuh masa kecik atau tidak.. bukan apa sampai sekarang aku masih tertanya-tanya apa punca yang menyebabkan aku mendapat sakit tulang belakang bengkok atau bahasa sainsnya SCOLIOSIS .. Yelah mana tidaknya dalam usia 30an baru aku perasan yang tulang belakang aku bengkok.. itu pun lepas aku buat rawatan dan Xray dekat KPJ Damansara .. Banyak info yang aku baca dekat internet yang menyatakan kalau tidak dirawat penyakit tulang belakang bengkok ni ianya boleh membawa kepada lumpuh d...