Sambungan Cerita Geng Talibarut Berpesta Makan
Salam semua, Sekarang ni aku nak sambung balik cerita aku pasal GTBC ni yang berpesta makan di Sekinchan Ikan Bakar, Setiawangsa beberapa hari yang lalu.. kalau korang nak baca entri part 1 tu boleh baca di “ Mesyuarat Agung Pertama Geng Talibarut Di Sekinchan Ikan Bakar ”. Tapi kali ni aku tak nak bebel panjang aku nak korang layan gambar je ye.. hehehe. Sesi suai kenal antara GTBC & juga orang-orang penting Sekinchan Ikan Bakar Semua GTBC sedang berada di dewan makan sambil mendengar taklimat dari pengurus restoran. Sesi taklimat dari Pengurus, Pemilik (Datuk Jamal) & Pegawai Kewangan Sekinchan Ikan Bakar Ramai juga GTBC yang hadir.. korang kenal tak sapa yang ada dalam gambar dekat atas tu? Malam tu kami dihidangkan dengan nasi lemak untuk dimakan bersama menu-menu terbaru Menu paling menarik hati aku.. sebab kari ayam ni memang kegemaran aku.. dan kebetulan rasanya memang sesuai dengan tekak aku.. SEDAP beb.. hehe ...