Daihatsu Boon X4 Boleh Masuk Malaysia
Salam semua, Kalau korang tanya aku kenapa semua orang suka convert kereta-kereta Malaysia kepada kereta-kereta Jepun? Jawabnya adalah kenderaan dari negara matahari terbit ni semuanya berkualiti jika dibandingkan dengan kenderaan buatan negara kita ni.. Maaflah ye bukan nak buruk-burukkan kenderaan tempatan.. tapi itulah hakikatnya yang perlu diterima oleh semua pemilik kenderaan tempatan. Sebab tu kalau korang perasan ramai pemilik kereta Wira convert kepada Evo 3, begitu juga dengan pemilik Myvi yang kini gila-gila mengconvert kepada Toyota Passo / Daihatsu Boon. Daihatsu Boon X4 salah sebuah kenderaan yang menyerupai Myvi di Malaysia kini boleh beli dan dipandu diatas jalan di negara kita. Rujuk di Facebook Car Ace Solution Malam tadi aku terjumpa satu FB Syarikat pengimport kereta terpakai dari Jepun yang mana korang boleh beli kenderaan dari Jepun ni melalui syarikat dia orang ni.. Semua urusan mereka uruskan sehingga korang boleh pandu kereta tu atas jalan raya...