Manfaatkan Penggunaan Maybank2u Pay Untuk Usahawan Online
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, Budaya membeli belah secara online sudah tidak asing lagi dikalangan masyarakat kita sekarang ini.. rata-rata pengguna internet tegar lebih gemar membeli belah secara online dari pergi ke pasaraya atau butik-butik pakaian. Kalau ada yang perasan atau tidak baru-baru ini Maybank telah melancarkan satu lagi kaedah pembayaran pantas diatas talian yang dikenali sebagai Maybank2u Pay bagi memudahkan usahawan yang berniaga secara online. Sudah semestinya aku dan cik isteri yang baru sahaja berjinak-jinak dalam perniagaan online ni menyambut baik services terbaru dari maybank ini. {Jemput Singgah Ke Kedai Online Kami} Dengan adanya services Maybank2u Pay ni.. pelanggan yang mempunyai akaun maybank dan ingin membuat bayaran tempahan hanya perlu klik logo Maybank2u Pay seperti dibawah ni. Selepas itu satu tetingkap akan dibuka untuk pelanggan memasukkan login & password maybank2u mereka.. jika akaun berjaya dib...