Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Balik Kampung

Balik Kampung Makan Laksa

Imej
  Salam semua, Alhamdulillah selamat sudah aku sampai ke kampung mertua di Penang jam 10.00 malam tadi.. Penat masih terasa.. oklah esok baru sambung cerita ye.. Mau rehat dulu.

Bercuti Balik Kg Bersama Mertua | Part 2

Imej
  Salam semua, Ada sedikit kelapagan ni aku nak sambungan balik entri Bercuti Balik Kg Bersama Mertua | Part 1   yang aku tulis 2 hari yang lalu. Sampai mana ye aku tulis ari tu..oh ok dah ingat balik dah.. sampai yang kami satu family ni gi jalan-jalan shopping dekat area Air Hitam. Sepanjang dekat Air Hitam tu Kami tak beli apa-apa pon cuma survey je.. Masa ontheway balik ke KL baru kita orang singgah beli 2 pasu untuk ibu mertua aku.. almaklum jelah bawa kereta kecik ni tak boleh nak isi banyak barang.. ingat ada rezeki lebih kena beli kereta lagi panjang sikit kot.. hehehe. Perjalan di teruskan ke rumah mak ayah aku di Benut.. sampai-sampai je ayah aku dah tunggu kedatangan kita orang. Sampai-sampai je terus menjamu makanan ringan-ringan dulu sebelum kami sekeluarga makan tengahari bersama.. saat-saat nak kumpul macam ni memang susah.. tak tahulah bila lagi mak aku akan berjumpa dengan ibu mertua aku lagi lepas ni. Yang baring tu mak aku.. mak aku sebenarny...

Bercuti Balik Kg Bersama Mertua | Part 1

Imej
  Salam semua, Cuba korang baca tajuk entri dekat atas tu korang faham ke apa yang aku maksudkan tu.. kalau tak faham mai aku terangkan ye.. “Bercuti Balik Kg Bersama Mertua” ni maksudnya aku balik kampung aku dekat johor bawa sekali ibu & ayah mertua aku.. jelaskan.. tak jelas lagi.. takpelah. Sebenarnya sejak aku kawin tahun 2009 tu baru sekali je mertua aku sampai kg. aku, itu pon masa majlis kawin aku masa dekat johor. lepas tu mertua aku memang langsung tak pernah jumpa lagi dengan mak & ayah aku ni.. so setelah sekian lama dia orang ni tak jumpa akhirnya hari sabtu lepas mereka semua dapatlah berjumpa semula setelah hampir dua tahun tak bertentang mata.. hehehe.. dah macam jejak kasihlah pulak ye.. Tapi sebelum sampai dirumah aku tu sempat kami bermalam di rumah mak su cik malarang yang duduk di Parit Raja Batu Pahat.. rupa-rupanya selama ni ada juga saudara cik malarang duduk dekat Johor ni. Yang berbaju merah tu suami isteri… tulah dia maksu & ...

Jom Layan Mangga Datok

Imej
  Salam semua, Alhamdulilah dah selamat aku sampai umah sewa aku jam 4.00 petang tadi.. sebelum sampai umah sempat singgah kejab dekat RnR untuk membeli makanan. Tiba-tiba terpandang pulak aku dengan satu mangga yang ditulis “ Mangga Datok ”.. Pernah dengar tak nama ni? Kalau tak pernah dengar takpe.. mai sini aku cerita berapa harga mangga Datok ni sekilo.. Tengok tanda harga dekat bawah ni.. Sekilo RM8.00 Macam mana murah atau mahal harga mangga Datok ni? kalau korang nak tahu mangga ni memang besar.. tengok dekat bawah ni.. aku beli 3 biji tadi harga RM18.00.. teringin punya pasal aku beli juga.   Dekat bawah ni Mangga Datok yang dah siap aku kupas.. tak rasa lagi.. warna memang cantik.. rasa tak tahu lagi.. sat nak rasa dulu ye.. hahaha Tu dia.. sebiji je aku kupas.. tengok penuh satu pinggan besar.. memang besar gila mangga Datok ni. Terbaik!.. memang tak rugi aku beli tadi.. manis pon manis.. ingat next time nak beli lagi kalau balik utara.....

Selamat Tinggal Kuala Lumpur

Imej
Salam, Pagi ni aku akan gerak balik ke kg.mertua lagi sebab pn. malarang-kak akan ambil exam untuk pjj.. so insyaAllah sampai di kg.mertua kita jumpa lagi di dunia maya ni.. Jom lupa sertai ramai-ramai contest " Sempena Anniversary & Birthday | Khas buat Isteri Tercinta " -------------------------------------------------------------- Follow Di Facebook | Follow Di Twitter --------------------------------------------------------------

Doakan Aku Selamat Sampai Ke Kampung

Imej
Salam semua, Di ketika korang membaca @ terlihat entri ni mungkin aku dah dalam perjalanan pulang ke kampung halaman di Johor untuk menyambut Hari Raya Korban tahun ni. Tak tahulah jam berapa aku sampai dekat kg. malam ni.. bukan apa semua orang berebut2 balik malam ni sebab ramai yang masih kerja tadi. Credit foto dari ProfHafiz Aku ambil kesempatan ni nak mengucapkan selamat hari raya korban kepada semua rakan, pembaca blog, pendownload tegar dan semua yang selalu masuk dan keluar di blog myvitrd ni. Andainya ada terkasar kata dan tersinggung rasa harap dapat dimaafkan. "BUAT IBU & BAPA MERTUA KU.. Maafkan Kami Sekeluarga Kerana Tidak Dapat Berhari Raya bersama Ibu & Ayah Tahun ni.. Tahun Depan Depa Raya Sana ye.. Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin" Doakan aku sekeluarga selamat sampai ke kampung di Johor malam ni. Kepada yang memandu dijalanraya berhati2 dan kalau penat dan ngantuk singgah rehat di RN yeR.. wah dah macam sampaikan pesan dari pengarah PLUS pul...