Jangan Cuba Nak Tipu, Kami tidak BODOH!
Salam ramadan semua, Kalau dah dasar namanya penipu ni.. apa-apa cara dia orang gunakan untuk menipu.. tak guna cara kasar cara halus pon boleh. Cerita simple je.. sebelum ni pon aku pernah share cerita ni.. pagi ni aku ada terima satu email dari maybank2u .. yang dari awal aku memang dah tahu ni kes nak menipu aku ni. Korang tengok email yang dikirim dekat aku pagi tadi. Konon-konon dia kata akaun maybank2u aku dah disable kan.. pada hal baru je aku lepas access.. apa lagi nak membuktikan yang ni email penipu aku klik pada link tu.. apa yang keluar adalah page maybank2u .. tetapi… yang tetapinya url yang diberikan bukan url dari maybank2u .. tetapi url yang entah dari mana wujudnya.. So pesanan aku kepada sesiapa sahaja yanga da dapat email ni.. jangan cepat percaya bahawa akaun maybank2u korang dah kena disable.. ini semua kes penipu yang mana dia orang nak curi user id & password korang.. Sebaik-baiknya delete terus email yang serupa ini.. j...