Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel komputer

Kenali Komputer Anda Jantan atau Betina

Imej
Salam pagi semua, pagi2 masuk keje ni aku nak korang check semua komputer @ laptop yang korang ada tu cuba tengok jantan atau betina. Jantan @ betina?.. dah gila ke nak check kelamin komputer pulak... hahaha tentu tu yang korang cakap bila baca entri aku ni.. ok aku nak kau buktikan kejantanan atau kebetinaan komputer korang tu. Dekat bawah ni kaedah untuk check kelamin komputer korang 1. Buka notepad dan paste ayat ini dalam notepad: CreateObject("SAPI.SpVoice").Speak"you know me, thank you" 2. Selepas itu tekan save. Ubah save as type kepada All Files (pastikan korang save di desktop supaya senang nak cari/buka nanti). Save as = you know me.vbs 3. Close notepad apabila habis save. Then double click file tadi ( you know me.vbs ) dan akan dengar suara " you know me " Cuba korang dengar betul2 suara " you know me " tu .... suara lelaki ke perempuan? Kalau korang dengar lelaki maknanya komputer @ laptop korang tu jantan dan begitu le sebaliknya......

Kesian PC 2nd hand aku..

Imej
Salam pagi semua, minggu ni aku memang penat dekat opis sebab minggu ni opis aku buat lelong pc terpakai dekat staff dan orang luar. Aku yang keje sebagai kulikutif ni biasalah..kenalah check semua pc yang nak d lelong tu sebelum ada buyer nak beli. Tapi memang mengejutkanlah sebab lebih kurang 700 buah pc yang kita orang lelong tu..tak sampai 50 lagi baki yang tinggal. kalau ada pon yang dah ada problem so kita orang tak jual lah kalau ada problem ni. harga memang berpatutan sekitar RM500 -RM550 je.. murah kan. so aku pon tak melepaskan peluang juga ambil satu pc tu.. opsss bukan ambil free ye.. aku pon beli juga sebiji untuk guna dekat umah main2 games ke atau tengok DVD..hehee So gambar yang korang tengok dekat atas tu pc yang aku baru belilah dekat opis tu.. kesian belum ada meje lagi. syg aku janji nak belikan aku meja komputer nanti.. hehehe. buat masa sekarang ni pc aku ni duduk dekat lantailah dulu.. Last aku ada pc tahun 2001 sebelum pc tu rosak, itu pon aku beli masa aku mula...

Kalau Korang, Sanggup Beli Berapa Harga?

Imej
Salam semua rakan2 diluar sana, aku taknak cerita panjang sebab sebelum ni post aku dah panjang..hehehe..aku cuma nak minta pandangan tentang harga sebuah komputer 2nd hand. Company aku ada nak tolak pc terpakai, so aku nak minta pandangan berapa harga yang sesuai untuk aku beli pc ni.. Spec Komputer macam dekat bawah ni: HP dx5150 AMD Athlon 3.8Ghz RAM DDR 1GB Hard disk 160GB Sata DVD-RW Window XP Pro - Ori 17" LCD screen. Keybord & mouse USB Tempoh guna : 3 Tahun & Tiada lagi Warranty Kalau korang yang bercadang nak beli berapa burged harga yang korang nak buka untuk beli? Kasi komen sikit.. harga yang boleh aku beli untuk pc dekat atas ni..