Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel slipdisc

Penyakit Slip Disc - Boleh Ke Buat Tuntutan Dengan Perkeso @ Socso

Imej
CARA CLAIM SOCSO UNTUK SLIP DISC Kalau anda mengalami slip disc (disc tergelincir) dan hendak membuat tuntutan dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (SOCSO / PERKESO), perkara paling penting ialah mengetahui punca kecederaan — sama ada berkaitan kerja atau tidak. Ini bagi menentukan jenis claim yang akan dibuat.   🟢 1. Jika slip disc berlaku disebabkan kerja (kemalangan / angkat berat) Anda boleh claim bawah Skim Bencana Pekerjaan -  Kemalangan Semasa Menjalankan Pekerjaan -  Kemalangan Semasa Dalam Perjalanan -  Kemalangan Semasa Kecemasan -  Penyakit Khidmat      Cara-caranya: 1. Dapatkan rawatan & MC     • Klinik / hospital sahkan diagnosis slip disc 2. Maklumkan majikan segera     • Biasanya dalam tempoh 48 jam 3. Majikan isi borang SOCSO     • Borang 34 (laporan kemalangan)     • Borang 21 (tuntutan pekerja) 4. Hantar ke PERKESO     • Boleh buat online (Assist Portal) at...

Menuju Ke 6 Bulan Selepas Pembedahan

Imej
Alhamdulillah... tinggal beberapa hari lagi cukup 6 bulan selepas Pembedahan... Sabtu lepas dah jumpa Dr. Untuk follow-up.. MC juga dah berakhir pada 9hb May.. Maksudnya dah boleh masuk opis, kerja seperti biasa.. Dr pesan boleh buat aktiviti macam biasa.. Cuma kena jaga-jaga untuk mengangkat beban yang berat dan kalau boleh elakkan dahulu..  Physio juga Dr. Kata tak perlu teruskan juga.. Just buat beberapa latihan yang dia jar dekat rumah sahaja.. Untuk kuatkan otot utama.. Dalam tempoh 6 bulan ni.. 15 kali juga buat follow up untuk physio...  Physio ke 15 dan terakhir...  Insyallah lagi 3 bulan baru buat follow semula dengan Dr. Semoga kesihatan terus bertambah baik.. Aamin.. 

4 Bulan Masa Berlalu

Imej
Alhamdulillah... Sedar tak sedar sudah 4 bulan 3 hari masa berlaku.. Pantas masa berlalu... Alhamdulillah kesihatan juga semakin baik... Memandangkan tempoh cuti rehat juga juga akan berakhir lagi seminggu.. So kalau Dr. dah boleh lepaskan untuk kembali bekerja.. Insyallah lagi seminggu kita akan kembali buat kerja hakiki yang dah 4 bulan tinggal...  Latihan berjalan kaki masih di teruskan dikasawan Taman perumahan... Alhamdulillah tiada masalah sakit kaki atau Kebas sepanjang 4km berjalan kaki hari ni... Pinggan juga buat masa ni. Alhamdulillah tiada sakit yang kuat.. Kecuali masa sedikit mendaki bukit masa jalan kaki tadi ada rasa pressure dekat belakang sikit.. So far ok tiada masalah.. Selesai 4.24km hari ni jalan kaki santai2 sambil tengok tasik dan pokok-pokok.. Untuk masa ni yang belum Recover sepenuhnya adalah keadaan duduk lama pada sofa atau tempat duduk lembut.. Akan buatkan belakang Tegang sedikit bila nak mula bangun... Situasi sama ketika barin...

2 Bulan Sudah

Imej
Alhamdulillah.... Hari ini 27hb dah 2 bulan saya selesai menjalani pembedahan slipdisc prosedur PLIF (boleh Google) Berjalan atau brisk walk alhamdulillah tiada masalah.. Cuma belum berani untuk berlari 2 anak... Atau joging.. Sebab kekadang bila berlaku hentakkan masih terasa bahagian belakang.. Last jumpa pakar hari tu pun lepas MRI katanya bone graft yang dibuat belum tumbuh lagi...  Jadi Harapnya next appointment bulan 2 nanti ada perkembangan baik untuk bone graft ni... Beginilah rupa disk saya yang tengah2 yang telah di buang.. Tiada disk lagi.. Hanya diletakkan disc palsu titanum untuk perantara L4-L5  Menurut Dr. yang buat pembedahan saya titanium yang diletakkan di tengah2 tu kedudukan dia melintang di tengah2 seperti dalam gambar atas Selain titanium yang diletakkan di tengah2 disk.. Dr. Juga menggunakan tulang saya yang di potong sebagai bone graft didalam disc tu.. Katanya nanti tulang tu akan tumbuh didalam disc tu.. Masa yang d...

Follow-UP Selepas Pembedahan Slipdisc 45 Hari

Imej
Alhamdulillah sedar tak sedar dah 45 hari berlaku... dah 45 hari juga saya MC tak masuk office... Kalau ikutkan MC pertama Dr. Bagi selama 2 bulan... Semalam buat follow lagi dan buat physio sekali Dr. Tambah lagi MC 2 minggu lagi.  Semalam juga buat Xray pertama selepas Pembedahan untuk Dr check keadaan pembedahan L4-L5 tu... Dr. Kata dari hasil Xray Bone graft yang dia buat dan letak di tengah L4-L5 tu belum tumbuh lagi... Rupanya baru saya tahu sebahagian tulang belakang saya dia potong dan jadikan gantian bagi tengah2 L4-L5... Dia kata biasa tulang akan ambik masa 3 bulan akan tumbuh dan penuh dalam tu.. Jadi lepas ni akan ada 2 kali lagi xray untuk tengok perkembangan bone graft tu...  Keadaan saya alhamdulillah berjalan ok.. Cuma untuk naik tangga atau kawasan sedikit berbukit saya perlukan tongkat untuk bantu kaki kanan yg lemah sikit.. Dr. Kata lama-lama nanti ok.. Kena banyak latihan berjalan.. Insyallah semoga semakin h...

Check List Selepas Pembedahan Slipdisc 30 Hari

Imej
Pergerakan fitrah selepas sebulan Open Surgery Slipdisc L4-L5 : 27/11/2025 - 26/12/2025 - Pergerakan solat - masih duduk semasa solat.  - Cangkung - masih sakit, bangun perlu bantuan.  - Turun naik tangga - perlu bantuan masih berat nak angkat kaki - Bersila - Sedikit sakit di belakang bahagian pembedahan - Duduk - masih sakit - Rukuk/bongkok - masih gagal dan sakit Nampaknya selepas 30 hari MC selepas Pembedahan masih banyak aktiviti yang belum normal... Hari ni juga merupakan temujanji physio saya yang ke-4 selama sebulan... Ibarat seminggu sekali set physio... 2 aktiviti physio sahaja yang doktor benarkah... Renjatan elektrik dan ais pad.. Yang mana setiap satunya dibuat dalam masa 15 minit... Hope akan datang ada lagi kemajuan... Aamin... 

Hari ke 21( 3 Minggu ) : Selepas Pembedahan (Slipdisc) Kaki Kanan Masih Ada Kebas

Alhamdulillah 21 hari dah atau masuk 3 minggu selepas pembedahan... Aktiviti masih terbatas adakalanya berjalan masih macam kura2 bila datang bisa pada bahagian pembedahan..  Luka pembedahan hampir sembuh.. Tetapi bisa didalam masih terasa.. Lagi2 selepas bangun tidur atau duduk yg lama...  Doakan semoga terus sihat.. Aamiin 

Minggu Pertama : Selepas Pembedahan (Slipdisc) Kebas-Kebas Kaki dan tangan

Imej
Alhamdulillah hari berganti hari.. Tanpa sedar dah seminggu berlalu selepas pembedahan.. Alhamdulillah bangun, duduk, berjalan perlahan dah berdiri boleh buat secara sendiri.. Cuma kalau duduk lama nak bangun agak lambat sikit.. Begitu juga lepas baring yang lama ambik masa sikit untuk bangun duduk dan berdiri.. Tapi alhamdulillah masih boleh buat sendiri.  Pergerakkan ke bilik air juga alhamdulillah ok.. Walaupun sentiasa berjaga-jaga untuk elakkan dari terjatuh.. Rutin harian sejak balik rumah.. Baring, tengok tv, duduk, makan ubat, tidur diulang- ulang... Hehehhe.. Insyallah jika ada perubahan yang ketara nanti saya cuba kongsikan lagi.. Mungkin lepas ni seminggu sekali saya akan kongsikan perkembangan selepas pembedahan.. 

Hari 4 : Selepas Pembedahan (Slipdisc) Boleh Balik Rehat Di Rumah

Imej
Alhamdulillah... Masuk hari ke-4 semakin baik... Seawal pagi nurse dah datang nak cabut saluran beg kencing.. 2 orang nurse datang bantu.. Alhamdulillah lepas buang beg kencing dah boleh kencing secara normal tanpa sebarang komplikasi... Begitu juga lepas beberapa hari tidak dapat membuang air besar lepas nurse berikan ubat alhamdulillah berjaya juga buang air besar pertama kalinya.. Sebab risau takda perasaan nak membuang selama 4 hari walaupun makan.  Hari ke-4 juga dapat kunjungan rakan-rakan pejabat... Terima kasih sudi datang ziarah.. Sebelah paginya ada buat physio untuk ais pad dan renjatan elektik.. Serta latihan berjalan untuk satu pusing u diluar wad..  Ni alat buat renjatan elektik di bahagian belakang so kita dapat rasa macam kena gigit dibelakang dalam masa 15 minit..  Sebelah petang Dr Bedah saya datang buat pemeriksaan dan memaklumkan saya dah boleh discharge untuk hari ke-4 alhamdulillah so dapatlah sambung berehat di ru...

Hari 3 : Selepas Pembedahan (Slipdisc) Tak Boleh Tidor Malam

Imej
Alhamdulillah ketemu lagi update harian selepas pembedahan.. Untuk next day after post-surgery hari ke-3 tak sama macam sebelumnya.. Sebab pergerakkan ada sedikit terbatas dan mula rasa ngilu dah tidak selesa bahagian kanan punggung ke lutut.. Kalau berdiri seperti lemah tutut dan mcm nak jatuh mungkin juga sebab hari sebelumnya banyak berjalan. Kesakitan hanya melibatkan bahagian kanan sahaja... Sebelum pembedahan sakit teruk bahagian kiri sampaikan hujung ibu jari kaki kiri kebas... Ada sesekali sakit sama pindah ke kanan juga tapi banyak di kiri.. Jadi lepas pembedahan ni.. Alhamdulillah sakit bahagian kiri hilang hampir 100% masalah sebelumnya..  Ada tanya doktor kenapa pindah sakit sebelah kanan.. Dia kata sebab sebelah kanan tengah support sakit sebelah kiri dan lama-lama akan kembali ok.. Dr. Bekalkan ubat tahan sakit sahaja sebab penggunaan Moffin dah diberhentikan sejak hari ke 2 lagi.. So mungkin segala sakit selama ni ada tapi cover by ubat moffin.. So bila moffin stop b...

Hari 2 : Selepas Pembedahan (Slipdisc) First Physio Asas

Imej
Alhamdulillah masuk hari ke-2 dah boleh duduk sedikit dan mula buat physio asas... Antara physio awal kaki kena turunkan ditepi katil sambil duduk lepas tu jejakkan kaki ke lantai untuk cuba jalan guna Walker... Pusing satu pusingan tepi katil guna walker pelan-pelan.. Alhamdulillah oklah sikit.. Dr. Pun dah datang hari ni.. Untuk cabut drain darah dekat belakang.. Katanya drain tu untuk keluarkan saki baki darah masa operation tu..  Lepas cabut tiup tu nampaklah berlubang sikit.. So selesa sikit nk jalan takda drain tergantung dekat belakang..  Insyallah esok Doktor katanya nak cabut drain untuk tiup kencing pulak.. So lepas ni lebih selesa sikit harapnya.. 

Hari 1 : Selepas Pembedahan ( Slipdisc )

Imej
Alhamdulillah... Syukur semua dah selesai semalam dgn jayanya tanpa sebarang masalah.. 5 jam ambik masa pembedahan... Buat masa ni hanya boleh pusing badan kiri dan kanan sahaja.. Bangun dan duduk masih belum boleh kena tunggu dr. datang buat pemeriksaan... Masa tengah tulis ni pun tengah tunggu nurse untuk buat xray.. Malam tak boleh tidur sebab tak menggantuk dan kurang selesa sikit.. Tapi dr. dah bekalkan Moffin untuk tahan sakit kalau perlu. Contoh nak pusing kiri atau kanan... Untuk kurangkan sakit suntik moffin dulu 1.0ml... Dr. bekalkan 40ml muffin untuk kita drip sendiri kalau sakit.. Sofar muffin ni banyak membantu kurangkan sakit...

Slip Disc : Admission KPJ Damansara 2

Imej
Day 1 KPJ Damansara 2