2 Bulan Sudah

Alhamdulillah.... Hari ini 27hb dah 2 bulan saya selesai menjalani pembedahan slipdisc prosedur PLIF (boleh Google)

Berjalan atau brisk walk alhamdulillah tiada masalah.. Cuma belum berani untuk berlari 2 anak... Atau joging.. Sebab kekadang bila berlaku hentakkan masih terasa bahagian belakang..

Last jumpa pakar hari tu pun lepas MRI katanya bone graft yang dibuat belum tumbuh lagi... 

Jadi Harapnya next appointment bulan 2 nanti ada perkembangan baik untuk bone graft ni...


Beginilah rupa disk saya yang tengah2 yang telah di buang.. Tiada disk lagi.. Hanya diletakkan disc palsu titanum untuk perantara L4-L5 



Menurut Dr. yang buat pembedahan saya titanium yang diletakkan di tengah2 tu kedudukan dia melintang di tengah2 seperti dalam gambar atas


Selain titanium yang diletakkan di tengah2 disk.. Dr. Juga menggunakan tulang saya yang di potong sebagai bone graft didalam disc tu.. Katanya nanti tulang tu akan tumbuh didalam disc tu.. Masa yang diperlukan untuk mula tumbuh Adalah 3 bulan dari pembedahan. 


Akhirnya nanti bila dah success L4-L5 saya akan menjadi satu sahaja.. Mereka akan join membentuk seperti dalam gambar diatas.. Pembentukkan tu terhasil dari Bone graft yang Dr. buat masa pembedahan menggunakan tulang saya yang di potong. 

Insyallah doakan saya semoga selepas ni. Boleh buat kerja seperti orang normal semula.. Aamin 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DIY Pencucur Rokok Myvi Yang Rosak

Myvi Kos Service Aircond Setelah 5 Tahun atau 150000KM Perjalanan

Myvi Kos Tukar Disc Brake Rotor