Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Petua

Saya Ada Jual Buah Zuriat | Stok Buah Zuriat 50 KG

Imej
Salam semua, Banyak-banyak entri dalam blog ni.. 2 entri dekat bawah ni yang menjadi hit carian terbanyak sepanjang zaman.. iaitu kebanyakkan pengunjung datang untuk mengetahui tentang buah zuriat dan kaedah memakan Buah Zuriat ni. http://www.myvitrd.com/2010/12/alhamdullilah-bertemu-dengan-buah.html http://www.myvitrd.com/2010/12/kaedah-makan-buah-zuriat.html Jadi kepada sesiapa yang belum tahu pasal buah zuriat ni.. boleh baca dekat link diatas tu ye.. dan kepada sesiapa yang ingin mencari atau membeli buah zuriat ni boleh hubungi pembekal dibawah ni. Cik Anon yang tak bernama ni telah tinggalkan komen dalam link saya.. so kalau ada yang ingin mencuba khasiat buah zuriat tu boleh hubungi terus no. pembekal dekat atas tu. Update 16/7/2011 Untuk dapatkan info pembekal buah zuriat boleh rujuk blog dibawah http://herbazuriat.blogspot.com “Kita hanya berusaha Tuhan yang menentukan segalanya, Jangan putus berdoa kepadanya”

Bila Aku Jadi Tokey Durian

Imej
  Salam semua, Kalau korang nak tahu dek gara-gara durian dalam bonet aku nilah sampai sekarang bila aku buka kereta bau durian tu semerbak je.. padahal durian dah takda dalam keta.. cuma tinggal bau je melekat lagi. Korang ada apa2 petua tak nak hilangkan bau durian dalam kereta ni? Adik aku pesan dia suruh aku susun roti dalam bonet tu.. supaya bau dapat diserap dalam roti tu..hope berjayalah ye.. tapi kalau korang ada petua lain mai kongsi dekat sini. ** Johor tengah musim durian.. jom datang johor makan durian.. hehehe

Alhamdullilah Bertemu dengan Buah Zuriat

Imej
Salam, Wah buanyi je macam pelik bukan.. Sebelum ni aku ada terbaca pasal buah zuriat ni dalam blog BEN ASHAARI dan sejak itulah aku cuba memburu buah ni.. dan cuba dapatkan info pasal buah zuriat ni.. dah macam memburu harta karun pulak..hehehe Ok aku mulakan dengan apa dia buah zuriat ni.. dari pada apa yang aku baca dalam blog dan jumpa di google, buah zuriat ni digunakan sebagai petua untuk mendapatkan zuriat bagi pasangan yang telah lama berkahwin tapi belum mendapat cahaya mata. Buah Zuriat ni hanya boleh di dapati di Mekah @ Madinah sahaja.. menurut sumberlah.. dan ada juga sumber mengatakan ia sebenarnya buah dari pokok koka yang digunakan membina bahtera Nabi Nuh. Buah Zuriat Kebetulan semalam isteri aku ada bawa balik sebiji buah zuriat ni.. yang sememangnya dah lama aku cari untuk dijadikan petua mendapatkan zuriat. Alhamdullilah kebetulan ada rakan pejabat wife aku yang baru balik dari Mekah dan dia ada bawa balik beberapa biji buah zuriat ni dan satu diberikan dekat wife...