Petua Untuk Demam Denggi
Apa yang aku nak kasi dekat bawah ni adalah petua yang dikirim oleh rakan email dalam mail box aku. sebarang kesan sampingan terhadap petua ini adalah tanggungjawab sendiri. cuba baca petua dibawah:- Saya di sini ada satu petua untuk demam denggi juga (Petua ini diberikan kepada ibu saya oleh kawannya semasa ibu saya kena demam denggi beberapa tahun yang lalu). *Dapatkan daun pokok betik yang matang dan bersihkan daun itu. Kemudian tumbuk daun itu dan perah untuk dapatkan jusnya. Minum satu sudu kecil jus itu. (Saya nasihatkan jangan campur dengan air, kerana jus itu sangat pahit. Lebih senang minum satu camca kecil daripada segelas air yang pahit).* Saya sendiri, ibu dan adik saya pernah mencuba jus daun betik ini semasa kena demam denggi. Kami bertiga sembuh tanpa perlu masuk wad. Selepas minum jus daun betik itu, demam, sakit tulang dan sakit bebola mata reda dengan cepat dan bilangan platlet naik semula dengan cepat. Tetapi, walaupun demam sudah reda, saya dan adik saya masih menga...