Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel umrah

Senarai Syarikat Yang Dibenarkan Mengeluarkan Visa Umrah

Imej
  Alhamdulillah selepas hampir 2 bulan menunggu untuk menunaikan umrah ke tanah suci, akhirnya semalam ayah, adik & pakcik selamat tiba di Jeddah. Menggunakan penerbangan transit dari KLIA ke Dubai dan transit selama 2 jam di Dubai sebelum meneruskan perjalanan semula dari Dubai ke Jeddah. Kalau ikutkan Jadual asalnya ayah akan menunaikan umrah pada awal bulan 5 sebelum ditangguhkan ke awal bulan 6, bila tiba tarikh untuk berangkat pada hujung bulan 5 agen buat panggilan sekali lagi dengan mengatakan buat masa sekarang ni ada masalah visa.. yang mana pihak kerajaan Arab Saudi membekukan pengeluaran Visa umrah.. mungkin masa tu disebabkan penularan penyakit berjangkit virus penyakit Sindrom Pernafasan Timur Tengah (MERS-CoV) di Arab Saudi . Alhamdulillah pada tarikh 15hb Jun adik yang menguruskan umrah ayah dikampung dapat panggilan dari agen umrah dengan mengatakan kali ni confirm boleh pergi visa dah dapat.. kena bertolak ke Jeddah pada 17hb Jun jam 2.00 pagi di KLI...