Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel polis

PANAS !!!! Sapa Curi Kereta Rasmi Ketua Polis Selangor ?

Pagi ni tengah2 aku nak mandi aku terdengar dekat berita pagi TV3 mengatakan kereta rasmi ketua polis selangor dicuri. Aduhhh..macam mana ni, pencuri pon tak takut polis ke. rugi curi perdana V6 tu, kalau nak bagus curi yang EVO X tu. baru berbaloi. Persoalan sekarang adakah kereta rasmi ketua2 polis negeri di lindungi dengan sistem keselamatan seperti GPS? kalau ada kan senang nak detect pencuri tu. Tapi pencuri sekarang bukan bodoh. lagi pandai dari engineer kereta beb. ok aku tak nak ulas lanjut pasal kereta TN. kita yang kena curi tu. nanti tak pasal2 aku kena siasat pulak. korang baca laporan berita yang aku petik dari Bharian online... SHAH ALAM: Kereta rasmi Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, dilaporkan hilang ketika pemandunya meletakkan kenderaan itu di tempat letak kereta Jalan Tuanku Ampuan Zabedah, Seksyen 9 di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Noor Azam Jamaluddin, ketika dihubungi Berita Harian mengesahkan menerima laporan mengenai...

Kompaun JPJ naik 333 peratus

Imej
KUALA LUMPUR - Para pemilik kenderaan dan pengguna jalan raya perlu lebih berhati-hati selepas ini berikutan kadar kompaun maksimum kesalahan jalan raya akan dinaikkan daripada RM300 kepada RM1,000 tidak lama lagi. Kenaikan kira-kira 333 peratus itu berikutan pindaan ke atas Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang akan dikuatkuasakan kelak. Peruntukan itu adalah antara 51 Fasal pindaan yang terkandung di dalam Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 yang dibentangkan untuk bacaan kali pertama oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Rahim Bakri di Dewan Rakyat semalam. Antara pindaan lain yang dicadangkan termasuk menaikkan umur kelayakan memohon lesen memandu motosikal daripada 16 tahun kepada 17 tahun. Penalti bagi kesalahan melanggar umur kelayakan itu juga dinaikkan daripada tidak melebihi RM2,000 kepada tidak kurang daripada RM1,000 dan tidak lebih daripada RM5,000. Rujukan : Kosmo Apa pendapat korang jika benar2 saman akan jadi kenyataan dengan di naikkan maximum RM1000....