Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel IPC Shopping Center

Mom’s Care | Baby Carnival Sale Is Back

Imej
  Salam semua, Dua tiga bulan kebelakangan ni banyak sungguh carnival jualan barang-barang baby ni.. macam dia tahu-tahu je kami berdua nak dapat baby baru.. hehehe. Yang terbaru tadi cik malarang ada tag dekat facebook adalah Baby Carnival Sale dari Mom’s Care . Karnival ni akan bermula pada 28 Oktober sehingga 7 November 2011 di IPC Shopping Center (IKANO) . Nampak gayanya kena gi lagi ni.. kebetulan ada lagi barang-barang yang rasanya cik malarang nak beli kot.. hehehe. Jangan lepaskan peluang keemasan ni.. jom sama-sama kita terjah karnival ni nanti.. rasanya kalau korang nak jimat beli barang-barang baby ni time nilah korang shopping betul2. hehehe. Insyaallah bulan November ni rezeki ada murah sikit hasil dari blogging so bolehlah nanti shopping barang-barang baby lagi.. Doa-doa semoga kami semua terus sihat & dimurahkan rezeki.

Alamak Senarai Checklist Barang Baby Dah Keluar Ni

Imej
  Salam semua, Tu dia.. senarai checklist barang-barang keperluan baby untuk dibeli dah dikeluarkan oleh pegawai kewangan aku @ cik malarang .. hehehe.. Sayang, abg tengok lagi banyak yang tak bertanda dari bertanda ni… nampak gaya banyak lagilah pasaraya yang kita kena terjah ni ye sygku.. hehehe Kalau Minggu lepas dah terjah Jaya Jusco One Utama , 2 hari lepas dah terjah Jaya One dan semalam dah terjah IPC Shopping Center .. so hujung minggu (esok) nak terjah mana pulak sayangku (bukan perli ye) …hehehe.

Borong Barang Baby Di IPC Shopping Center | Siapa Bakal Jadi Ayah Dan Ibu Wajib Terjah

Imej
  Salam semua, Petang semalam sempat aku dengan cik malarang gi terjah jualan gudang di IPC Shopping Center yang terletak di Ikano Power Center. Kalau korang yang bakal bergelar ayah & ibu tu memang sesuai terjah IPC ni.. sebab banyak peralatan baby termasuk pakaian baby, botol susu dan lain aksesori baby dijual dengan potongan harga sehingga 70% . Promosi di IPC ni bermula dari 29/9/2011 hingga 2/10/2011 so jangan lepaskan peluang kemasan ni.   Suasana pengunjung di dewan jualan gudang IPC   Antara barang yang menjadi tumpuan pengunjung adalah botol susu Avent yang dijual dengan separuh harga.. kata cik malarang memang murah sangat. Breast Pump dijual dengan harga RM680 sahaja harga sebelum promosi RM899 Yang ni pon kita orang beli juga botol susu dari kaca.. Harga RM15 sahaja Bekas minum air baby hanya RM10 sahaja..pon kami beli.. hehehe     Pakaian kanak-kanak dijual dengan belasan ringgit sahaja. Akh...