Rezeki Murah Di Bulan Puasa Bersama Kurma Yusuf Taiyoob
Salam ramadhan semua, Alhamdulillah hari ni boleh dikatakan aku datang paling awal dekat opis.. konon-konon nak balik awal katanya.. almaklum jelah dekat KL ni bila lewat sikit confirm akan jem, lagi-lagi bulan puasa ni. Sampai-sampai je dekat opis aku tengok atas meja aku ada sekotak kurma bertangkai dari Yusof Taiyoob .. Alhamdulillah rezeki kami sekeluarga.. semoga orang bersedekah ni terus dimurahkan rezekinya.. amin Bila bulan puasa ni kurma antara makanan yang penting juga untuk berbuka selain dari mengikut sunnah nabi.. kurma juga banyak khasiatnya. Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menganjurkan kita supaya berbuka puasa dengan buah kurma sebagaimana sabdanya daripada Anas bermaksud : “ Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terpadat kurma, maka Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Bag...