Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Balik pulau

Perkembangan Musang King Selepas Setahun 1/6/24 - 1/6/25

Imej
Assalamualaikum... Alhamdulillah pejam celik dah setahun usia pokok musang king yang ditanam, walaupun perkembangan tak berapa menjadi sebab mungkin kurang kasih sayang dan belaian. Antara punca utama pokok terbantut adalah mungkin keadaan tanah dan kekurangan bekalan air yang tidak mencukupi...  Jadi ada beberapa pokok yang mati kekeringan sebab tak cukup minum... Hehehhe... Tapi takpe.. Kita mencuba je.. Kalau mati nanti kita tanam balik guna benih yang baru.. Yang penting jangan berhenti menanam selagi ada ruangan..  Plot 1A adalah pokok pertama yang ditanam...  Plot 1A antara pokok paling awal jadi arwah.. Kurang air kering..  Plot 2 A ni benih masa tanam. Antara yang sihat..  Plot 2A antara pokok yang nampak subur sikit dari yang lain2  Plot 3A diawal penanaman swtahun lalu.. Pokok benih kurang sihat masa ditanam.. Tapi kita cuba je tanam mana tahu hidup..  Plot 3A ni pokok na...

Projek Duri Hitam D200 6/6/2025

Imej
Alhamdulillah syukur masih diberi kesihatan... Hari ni kita cuba tanam duri hitam 2 pokok tepi rumah mertua.. Kita tengok mcm mana nanti perkembangan dia.. Sbb sebelum ni pernah tanam musang king 6 pokok.. Tapi 3 pokok dah arwah tinggal 3 pokok lagi.. Hidup segan mati tak mau.. Walaupun dah genap setahun tanam..  Rm45 sepokok Duri Hitam Duri Hitam Pokok 1 Duri Hitam Pokok 2 Semoga terus sihat dan tumbuh dengan sihatnya... Aamiin 

Balik Pulau : Percubaan Tanam Durian Musang King

Imej
Kita simpan gambar dekat sini untuk kenangan buat anak cucu, kalau ada rezeki berbuah alhamdulillah... Target 6 ke 7 tahun insyallah... So tarikh tanam 1/6/2024 kita update nanti lepas 7 tahun 1/6/2031..  Hehehehe.. Saya budak baru belajar, kalau salah sila tunjukkan.. Tiada pengalaman dalam menanam. Durian sejak kecik kalau pokok pisang sejak sekolah rendah arwah ayah dah ajar jenis2 pisang... Bab durian ni.. Dari kecik pandai makan je.. Takda peluang nk tanam..  Jadi kebetulan ada sedikit tanah kosong yang buat masa ni tak digunakan di kampung mertua so saya ajak mertua suka2 tanam pokok durian dekat tanah kosong tu.. Buat permulaan kita cuva dulu 5 pokok untuk testing dan ambil pelajaran cara tanam n jaga dia.. Kalau pertumbuhan ok, isyallah kita teruskan tanam sehingga penuh ruangan kebun yang ada... Anak pokok durian musang King yang dibekalkan oleh Jabatan Pertanian..  dapat free je sempena projek tanaman pokok sekitar Pulau Pinang..  ...

Sesi Terjah Makanan Nasi Arab di Restoran Hira’a Balik Pulau Penang

Imej
  Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, Kalau di Kuala Lumpur sebut sahaja makanan nasi arab semua orang dah boleh bayang macam mana suasana dan juadah yang dihidangkan… dengan dekorasi kedai yang diubahsuai seolah-olah berada di negara arab yang penuh dengan pasir dan unta.. hehehe. Kalau di Penang pulak sebut sahaja nasi kandar semua orang dah boleh bayang juga.. tapi apa yang menariknya sekarang ini di kampung mertua aku di Balik Pulau dah ada satu kedai makanan nasi arab yang diusahakan oleh penduduk tempatan cuma tukang masak diambil dari Arab (agak sahaja sebab muka tukang ada muka arab). Lokasi : Berhampiran dengan surau pekan Kongsi Malam tadi barulah berkesempatan untuk menjamu selera di restoran nasi arab tu.. kalau di Kuala Lumpur sudah ada 3-4 kedai restoran yang pernah aku cuba.. kali ni nak cuba rasanya di kampung mertua aku pulak.. Jom layan gambar supaya tak boring baca tulisan aku ni.. antara pelanggan yang sedang menjamu selera dan menanti o...

Selamat Sampai Di Balik Pulau Penang Serta Kemalangan Bus Masuk Gaung

Imej
Salam pagi semua, Alhamdulillah dah selamat sampai di kg. mertua Balik Pulau, Penang... Walaupun dalam perjalanan pulang tadi di kejutkan dengan berita kemalangan maut melibatkan sebuah bus masuk ke dalam gaung dijalan berbukit menuju ke Balik Pulau. Dari sumber yang diperolehi tadi.. Kemalangan bus tadi membawa seramai 44 penumpang rombongan jemaah tabliq dari Myanmar untuk ke satu program di Balik Pulau. Seorang jemaah telah meningal dunia dan 43 lagi cedera... Semasa aku melalui kawasan kemalangan sekitar jam 1.45 pagi tadi.. Bus yang terlibat dengan kemalangan masih berada dikawasan itu dlm keadaan terbalik dan tersangkut di pokok.. Manakala mangsa semua telah tiada disitu.. Di kawasan Hospital balik pulau masih dipenuhi oleh orang ramai yang menunggu mangsa kejadian.. Daripada apa yang wife aku cakap tadi.. Kawasan tu memang kerap berlaku kemalangan kerana kawasannya berselekoh tajam semasa menuruni bukit. Gambar kemalangan bus... korang boleh rujuk disini... K...

Durian Balik Pulau Penang

Imej
Salam Petang semua, hujung minggu kali ni cuti aku memang menyeronokkan sebab kebetulan balik kampung mertua durian dekat balik pulau penang tengah gugur. Apa lagi pagi sabtu aktiviti aku dengan syg aku g terjah pokok durian dekat kebun mertua aku. ni pon pergi dah lewat sebab kata mertua aku, kekadang kalau g lewat orang lain dah masuk dulu g ambil. sebab tu pepagi aku dah g mencari durian yang gugur dekat kebun mertua aku. dekat bawah ni ada beberapa gambar yang korang boleh tengok sepanjang aku dekat dusun tu.. ok layan gambar dekat bawah. Haaa.. ni masa mula menjejakkan kaki dalam kebun, aktiviti cari kot2 ada raja buah yang gugur, bakul kosong lagi tu.. mamat dekat atas tu dah macam pemburu harta Yamashita je..hahaha setelah hampir setengah jam pusing dalam kebun ni jelah hasilnya.. sebab kita orang lambat sampai dah ada orang g kutip awal2 pagi..huhu.. ni yang paling kurang asam, pencuri durian makan durian sambil tinggalkan kulit je dekat tn. kebun. kurang ajar betul.. kalau aku...