Sesi Terjah Makanan Nasi Arab di Restoran Hira’a Balik Pulau Penang
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Kalau di Kuala Lumpur sebut sahaja makanan nasi arab semua orang dah boleh bayang macam mana suasana dan juadah yang dihidangkan… dengan dekorasi kedai yang diubahsuai seolah-olah berada di negara arab yang penuh dengan pasir dan unta.. hehehe.
Kalau di Penang pulak sebut sahaja nasi kandar semua orang dah boleh bayang juga.. tapi apa yang menariknya sekarang ini di kampung mertua aku di Balik Pulau dah ada satu kedai makanan nasi arab yang diusahakan oleh penduduk tempatan cuma tukang masak diambil dari Arab (agak sahaja sebab muka tukang ada muka arab).
Lokasi : Berhampiran dengan surau pekan Kongsi
Malam tadi barulah berkesempatan untuk menjamu selera di restoran nasi arab tu.. kalau di Kuala Lumpur sudah ada 3-4 kedai restoran yang pernah aku cuba.. kali ni nak cuba rasanya di kampung mertua aku pulak..
Jom layan gambar supaya tak boring baca tulisan aku ni..
antara pelanggan yang sedang menjamu selera dan menanti order sampai
Jom kita tengok apa ada dalam menu di restoran Hira’a ni..
tudia… macam-macam mendy ada.. Nasi Mendy Kambing pun ada..
macam mana nak order ni.. kalau harraz dah duduk atas menu ni… hehehe
selain makanan berasaskan nasi.. menu dari roti pun ada..
sapa yang dah biasa makan nasi arab ni.. mesti dah tahu apa benda makan-makanan ni
menu minuman.. nak rasa jus buah pulak malam ni…
Nilah menu pilihan aku malam tadi.. Nasi Mendy ayam bahagian dada
jemput makan.. bismillahirahmanirahim….
Jus epal + jus oren + Horlick ais (asalnya minta panas..)
ayam bahagian dada menjadi pilihan kegemaran aku..
nilah nasi arab berasnya bila dah masak akan jadi sebutir-sebutir..
harraz pertama kali makan nasi arab.. tengok cara makan dia suka nasi arab ni
alhamdulillah kenyang sudah.. tinggal tulang dikerjakannya..
Andai kata korang datang bercuti ke Penang dan lalu di daerah Balik Pulau dan teringin makan nasi arab..bolehlah datang berkunjung ke Restoran Hira’a ni.. rasanya boleh tahan.. harga yang ditawarkan pun bersesuaian dengan kemampuan penduduk sekitarnya.. restoran di buka pada sebelah malam sahaja rasanya.. apa pun boleh call no handpone pada papan tanda dekat atas tu untuk maklumat lanjut.
Akhirnya tertunai juga hasrat dihati nak rasanya makanan nasi arab dikedai ni..
skrg ni makanan arab semakin slow bernading pertengahan tahun lepas
BalasPadamada sahaja restoran arab baru dibuka
org sentiasa hendak cuba :)
skrg tinggal yang terbaik sahaja.. hehehe
sempoi la bro... aku suka tengok nasi cenggini ada campuran safron yang buat nasik color kekuningan.... balik kije nie confirm aku terjah ....hahahaha
BalasPadamdekat KL ni memang banyak kedai bro.. terjah je mana2.. hehehe
PadamNyam,blela terjah kalau pi penang nanti..ble jadi pemandu pelancong kami lagi kan bro?hik...
BalasPadamtu sudah pasti bolehnya bro.. hehehe
Padamhaaaaa.. tu diaaaaa... harga pun nampak murah sikit dari area lambah klang.. :)
BalasPadamSkrg ni dah tutup bhgn dalam restoren tu..skrg just jual ready packing tapau tepi jln dpan rmah tu..mgkin org balik pulau x ramai yg minat nasi arab ni..sya suka..dkat bukit bintang dh try..ZAFRAN..NASI HADRAMOT AND TARBUSH..
BalasPadamZaiyusri Hj Ibrahim..balik pulau..