Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Piala Malaysia

KERAJAAN KELANTAN ISTIHAR CUTI UMUM 31-10-10

Imej
Salam, Di atas kemenangan Kelantan meraih kejuaraan Piala Malaysia tahun 2010 kali ini, Kerajaan Negeri telah mengistiharkan CUTI UMUM ESOK (31-10-10) . Tahniah atas kemenangan pasukan Kelantan 2-1 menewaskan pasukan Negeri Sembilan. Berita Lanjut Kelantan Juara FA rujuk dibawah : Kelantan Catat Sejarah, Muncul Juara Piala Malaysia 2010 KUALA LUMPUR , 30 Okt ( Bernama ) -- Kelantan melakar sejarah negeri apabila buat julung kali menjulang Piala Malaysia, setelah menewaskan juara musim lepas Negeri Sembilan 2-1, pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil di sini Sabtu malam. Kemenangan itu turut menebus kehampaan tewas 1-3 kepada Negeri Sembilan pada saingan akhir piala paling berprestij Liga Malaysia itu musim lepas, selain menamatkan kemarau selama 55 tahun sejak kali pertama Kelantan mara ke pusingan akhir pada 1955, ketika piala tersebut dikenali sebagai Piala H.M.S Malaya. Negeri Sembilan memperolehi gol pertama seawal minit ke-13 menerusi sepakan pen...