Hadiah lumayan buat Hackers RM60,709 dicabar godam Google Crome
Salam, Baru tadi lepas aku minum pagi terpandan satu keratan paper utusan yang bertajuk " Google cabar penggodam ceroboh Chrome" wah nampaknya pencipta google crome dah berkeyakinan penuh dengan pelayar baru dia sampaikan sanggup mencabar hackers-hackers dekat luar sana untuk godam sistem mereka. So kepada yang merasakan dirinya hackers nak nak mencuba nasib sila-silakanlah ye tunjuk skill menggodam tu.. jangan risau anda tidak akan ditangkap malah diberikan hadiah wang tunai lagi kalau berjaya godam sistem Google Crome ni. Baca petikan berita dekat bawah ni: CALIFORNIA 8 Feb. - Google yang sangat yakin dengan pelayar Chrome rekaannya tidak mampu digodam berjanji memberikan hadiah sebanyak AS$20,000 (RM60,709) dan sebuah komputer riba kepada individu pertama yang berjaya membuktikan bahawa andaian itu salah. Syarikat itu mengemukakan cabaran tersebut menjelang pertandingan menggodam Pwn2Own tahunan kelima yang bakal berlangsung bulan depan. Hadiah itu adalah yang ter...