Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Ulang Tahun Perkahwinan

Happy Anniversary Yang Ke-8 Sayangku

Imej
Alhamdulillah 18hb Disember 2017 genap usia perkahwinan kami 8 tahun.. pejam celik macam baru je akad nikah.. padahal dah 8 tahun berlalu.. Tidak dinafikan sepanjang 8 tahun pelbagai rintangan dan liku-liku yang kami hadapi.. alhamdulillah ujian yang diberikan kepada kami masih mampu dihadapi dengan hati yang tenang.. seperti kata pepatah sedangkan lidah masih tergigit inikan pula suami isteri.. pasang surut alam rumahtangga ni dah jadi lumrah kehidupan.. Semoga hubungan kami suami isteri terus berkekalan sehingga ke syurga amin.. doakan kebahagian kami. Buat isteriku.. terima kasih masih sudi bersama abang susah dan senang.. semoga mahligai kita ini akan berkekalan sehingga ke syurga amin.. Andai sepanjang abang menjadi nakhoda kapal pelayaran kita ada menyinggung dan menyakiti hatimu.. abang susun sepuluh jari memohon ampun dan maaf.. Akhir kata.. love u & miss u forever sayangku..

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan Yang Ke 6 Tahun

Imej
Alhamdulillah syukur tarikh hari ini 18hb Disember 2015 genap usia perkahwinan kami 6 tahun.. pelbagai rintangan dugaan yang kami bertiga lalui alhamdulillah kami masih mampu mengatasinya berkat kesabaran dan sokongan orang yang tersayang.. Semoga kami terus diberi kekuatan mengharungi liku-liku berumahtangga pada masa mendatang.. semoga ikatan yang dibina ini berkekalan sampai ke Syurga.. amin.. Terima kasih isteriku kerana menjadi orang terpenting dalam hidup ini dikala susah dan senang.. Seribu kemaafan dipohon jika selama menjadi ketua dalam keluarga ada yang terguris hati dan perasaan.. Happy Anniversarry Sayang.. Love U Forever.. posted from Bloggeroid