Assalamualaikum & salam sejahtera semua, Aku bukan orang yang selayaknya untuk bercerita pasal Unit Trust / Unit Amanah ni.. sebab aku pun baru nak belajar dan berjinak-jinak dengan pelaburan Unit Trust ni. Aku memang ada sedikit pelaburan di dalam Public Mutual sejak Januari 2008.. kalau dikirakan dengan jari dah lebih 4 tahun aku tanam duit aku dalam Unit Amanah tu dengan duit poket sendiri.. takdalah banyak mana macam blogger ni .. masa tu hanya berniat ingin mencuba apa kelebihan melabur dalam Unit Trust ni.. Ternyata dalam tempoh 4 tahun pelaburan, orang lain yang melabur boleh melemparkan senyuman dengan kadar keuntungan mungkin lebih dari 20.0% setahun.. tapi aku… hanya mengalami kerugian sahaja setiap tahun.. Kenapa ini berlaku? Pertama mungkin aku sendiri yang silap memilih Dana yang kurang sesuai untuk aku laburkan duit aku dalam tu.. kedua mungkin juga orang yang aku lantik menguruskan Dana aku tu dah lama berenti dari menjadi agen Unit Trust ...