Koleksi Kuih Raya 2013
Assalamualaikum dan salam ramadhan semua, Hari ni merupakan hari terakhir aku dan cik isteri bekerja dan insyallah kalau takda apa-apa masalah esok pagi selepas sahur kami akan bertolak pulang ke kampung aku di Johor dahulu.. sebelum aku bergerak pulang ke utara pulak pada hari isnin.. Takda apa yang nak disembangkan sangat.. cuma nak kongsi beberapa koleksi kuih raya yang telah disediakan oleh cik isteri.. bab-bab kuih raya ni aku serah semua pada cik isteri.. kukis diatas adalah yang terawal kami terima hasil air tangan blogger iaitu Kak Ina .. ni merupakan tahun ke-2 aku order kukis raya ni dari beliau.. kukis ni dah berjangkit sampai kampung aku.. sebab tu adik aku pun ada order sekali.. confirmnya sebelum raya lagi mungkin satu balang akan habis ni.. hehehe. Kuih raya pelbagai.. 4 dalam 1 ni adalah kuih raya yang dibeli dari adik ipar.. resepi orang penang.. yang ni aku tak tahu apa nama dia.. macam kuih kacang je.. cik isteri belikan untuk aku.. hehehe.. ...