Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel renovation rumah aprtment

Renovation Rumah | Cari Singki Kitchen Kabinet | Part 1

Imej
Salam semua, Maaflah ye kalau sejak kebelakangan ni banyak sangat entri aku cerita pasal umah baru yang aku baru beli ni.. Maklum jelah bila dah dapat kunci rumah ni.. macam-macam benda dalam kepada nak fikir nak buat renovate apa. Buat masa sekarang beberapa renovation yang aku berikan keutamaan antaranya membuat kabinet dapur, pemasangan tile ruang tamu & bilik, pemasangan grill pintu dan tingkap, pemasangan aircond dan mengecat semula rumah Petang semalam kedai menjual hardware di Damansara Utama menjadi sasaran pertama aku.. kebetulan aku tengah mencari singki yang molek, tiba-tiba terpandang satu iklan seperti dibawah ni di penjuru kedai  ni. Alamak singki nilah yang aku cari selama ni untuk kabinet baru tu.. hehehe.. tanpa berlengah lagi aku terus panggil tokey kedai tu dan tanya “ ada diskaun ke? ” dia kata “ini harga sudah diskaun 20% dan sekarang tinggal ini 1 stok sahaja”   Bila tengok harga tu hanya RM399 (2 1/2 Sinki + Double Sink Tap) aku terus caka...