Akhirnya Aku Memiliki Akaun Paypal Sendiri
Salam hujung minggu semua, petang ni aku dekat umah mertua aku d penang.. cadangnya aku nak g jalan2 dekat kebun bapa mertua aku tapi d sebabkan hujan aku lepak dekat umah je godeh2 internet. Tiba2 aku teringat yang aku pernah register satu akaun paypal dulu.. Paypal apa tu? mungkin ada yang tertanya-tanyakan. aku nak cerita tak pandai tapi secara ringkasnya " PayPal adalah salah satu alat pembayaran menggunakan internet untuk membuat pembelian online atau menerima duit. PayPal banyak digunakan untuk urusan jual-beli dan dijamin selamat. Selamat yang dimaksudkan adalah tanpa perlu mendedahkan nombor kad kredit atau maklumat kewangan kita " . Dengan sedikit bantuan dari rakan2 di forum aku telah berjaya mengesahkan pendaftaran paypal aku melalui kredit kad . tengok bukti dekat bawah ni yang akaun aku dah sah. so lepas ni aku boleh lebarkan perniagaan online menggunakan bayaran paypal. Macam mana pulak nak dapatkan akaun paypal ni? ok aku ada tutorial ringkas dekat bawah ni...