Design yang menarik, keselesaan, ringan, serbaguna, warna yang pelbagai menjadikan Crocs menjadi pilihan ramai. Baik mereka itu bayi kecil yang baru bertatih berjalan, kanak-kanak yang sedang aktif dalam dunia upin ipinnya, remaja belasan tahun, para pria, bahkan golongan veteran sekalipun mengenakan Crocs. Namun tidak disedari musibah yang menanti Ummat Islam di sebalik kasut ini. Bagaimana Kasut Crocs yang menjadi alas kaki paling popular kini mendatangkan musibah kepada Ummat Islam? Bukan setahun 2 crocs ini bertapak di bumi Malaysia. Lebih dari itu kurasakan. Namun baru kini disedari terdapat kalimah ALLAH, lebih tepat lagi di bahagian kita meng-alaskan tapak kaki kita. Untuk memudahkan imaginasi anda, mari aku perkenalkan dengan logo Crocs. Anda semua sedia maklum nama Crocs ini diperolehi dari Crocodile/ Buaya. Disebabkan itulah, syarikat ini menjadikan gambar buaya sebagai 'model' mereka. Maskot ini dihias sebaik mungkin agar kelihatan comel. Jika anak-anak kecil melihat...