Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel kereta

Perangkap Lipas Dalam Kereta Tanpa Kos

Imej
Macam-macam cara dah buat untuk halau, buang dan matikan lipas dalam kereta yang bersarang 7 keturunan ni.. tapi kebanyakkannya semua gagal.. Lepas buat google maka jumpalah satu cara yang sorang akak ni ajar guna bahan-bahan terbuang dekat dapur.. Bahan-bahan yang diperlukan.. 1-Minyak masak terpakai yang nak dibuang 2-Sedikit majerin @ planta 3-Sedikit susu @ belacan 4-Bekas @ balang terpakai Campurkan semua bahan 1-3 dalam bekas dan letakkan dalam mana-mana sudut dalam kereta..  Sebaiknya letakkan semalaman dalam kereta.. dan hasilnya anda sendiri takkan menyangka hasil dapatan dalam bekas @ balang yang ada campuran minyak terpakai tadi.. Nilah hasil yang kami dapat 13 ekor bapak, emak, anak dan cucu lipas mati kelemasan dalam bekas ni.. Selamat mencuba rakan-rakan semua.. pastikan jangan pulak terpijak bekas yang disimpan dalam kereta tu.. nanti cerita lain pulak jadi.. hehehe.

Honda Jazz Baru CKD Bulanan Serendah RM755

Imej
  Assalamualaikum dan salam ramadahan semua, Bila bulan puasa je.. macam-macam promosi kereta baru dikeluarkan.. ada yang tawarkan rebat cash.. dapat baucer petrol, baucer tinted dan macam-macam baucer lagilah.. Semalam aku terbaca dekat blog Arena Kereta yang mana Honda Malaysia telah melancarkan semalam model CKD mereka untuk model Honda Jazz petrol .. yang model hybrid dah dilancarkan tahun lepas.. Apa yang menarik adalah tentang harga untuk model CKD ni.. yang mana harganya telah dikurangkan sebanyak RM25k dari model import penuh CBU.. Jazz CBU ni dimport dari Thailand.. Mungkin berita ni menjadi berita baik kepada yang nak beli kereta baru musim perayaan hari raya nanti.. Kalau hadiahkan sebiji dekat cik malarang mesti dia sukakan.. hehehe *** Lain-lain sumber berita dari : Berita Harian Online

Installation Sticker Carbon Fiber di Kedai Abang

Imej
  Salam semua, Dari blog personal bertukar kepada blog modifikasi kereta ke ni? tu mungkin salah satu soalan yang mungkin bermain difikiran reader blog nikan.. hehe3.. takdalah ni kan blog macam-macam so apa yang aku rasa nak kongsi aku bubuh je dalam ni.. Berbalik kepada tajuk entri ni.. semalam asalnya aku saja nak gi servey harga untuk pemasangan sticker carbon fiber ni dekat kedai abang ( Brothers ) Kelana Jaya.. aku ingat nak pasang dekat bonet depan kereta aku sebab bonet aku dah calar teruk dengan cat mula terkopek dek gara-gara asik kena batu je.. jadi daripada aku keluarkan modal yang besar untuk cat semula baik aku bubuh sticker je.. kredit foto : google Bermula dari survey… usyah-usyah harga terus setuju untuk pasang.. sebelum tu kena minta kebenaran dengan menteri kewangan dulu sebab nak kena keluarkan budged ni.. hehehe. sekali menteri kewangan kata on je.. apa lagi.. terus bayar & pasang terus.. Layan gambar jelah ye yob.. nak cerita boringlah.. he...

Pelancaran Model Baru Myvi | Serbu Bilik Pameran Perodua Pagi Ni!

Imej
  Salam semua, Malam tadi sempat aku tengok perasmian model baru perodua myvi yang rekabentuknya dibuat hampir menyerupai model keluaran Toyota Passo Hana di Jepun. Bagi Model sporty diberi nama Myvi Elegance Mungkinkah model baru ini akan menjadi model terlaris untuk 5 tahun berikutnya? Jom kita layan gambar yang aku print screen dari website perodua Untuk maklumat harga boleh rujuk pada Harga Myvi Baru   Myvi Elegance – model Sporty So kalau ada yang bercita-cita untuk memiliki kereta baru untuk raya tahun 2011 ni.. bolehlah membuat tempahan dimana-mana pusat pameran perodua sekarang. Info lanjut boleh rujuk di www.perodua.com.my P/S : Ingat sat lagi nak g showroom perodua ambil gambar.. tunggu update seterusnya

Duit Melayang 1K Hari Ini Mungkin Ada Hikmahnya

Imej
  Salam semua, Siapa yang sangka asalnya nak tukar je tiba-tiba lain pulak jadinya.. nilah kisah cerita aku siang tadi bila lepas je sarapan dekat kedai mamak, terus aku ajak cik malarang gi service tayar kereta aku dekat bengkel tayar TTDI. Nak jadi cerita asalnya aku nak tukar je tayar yg dah habis bunga tayar depan ke belakang.. tapi bila mekanik tu buka je empat-empat tayar tu apa yang memeranjatkan aku.. semua tayar aku dah rosak dengan bergelembung. Korang tahu kalau tayar dah gelembung ni maknanya bila-bila masa je boleh meletup.. jangan buat main-main beb tayar kereta ni.. setelah aku bincang dengan mekanik tayar dengan cik pn malarang .. aku ambil keputusan untuk tukar 4 biji tayar kereta aku tu. Yang sedihnya duit yang kami simpan untuk shopping hari ni terpaksa aku gunakan.. bila tengok muka cik malarang macam sedih je.. mana tidaknya plan nak g shopping dah cancel dek gara-gara tayar kereta aku yang buat hal. Apa pon keselamatan aku utamakan dulu ...

Nak pilih insurans mana ni

Imej
Salam semua, Dalam tengah-tengah takda idea nak tulis apa.. tiba-tiba terlintas pulak dekat kepala yang insurans kereta aku tak lama lagi nak mati.. So dari sekarang ni dah kena plan nak ambil insurans apa yang terbaik dan harga pon berpatutan. Mana satu nak pilih ni.. Rasa-rasa ramai blogger yang dah ada kenderaan sendiri terutama keretakan.. so aku nak minta pandangan dan cadangan insurans apa yang sesuai untuk aku beli hujung bulan Mac nanti untuk kuda hitam aku tu. macam mana dengan insuran ni? ** Sebaiknya bagi cadangan berdasarkan pengalaman korang membeli polisi tu.. kalau dapat aku nak cari yang boleh bagi diskaun... hehehe.. *** Sapa yang pernah beli insuran kereta dengan Takaful-Malaysia .. boleh kasi pandangan sikit.. insuran lain pon boleh juga.. -------------------------------------------------------------- Follow Di Facebook | Follow Di Twitter --------------------------------------------------------------

Kereta Baru Peronda PDRM Tahun 2011 | Bukan Evo Lagi

Imej
Salam, Wah semakin maju nampaknya pasukan PDRM dekat negara kita.. mana tidaknya sebelum ni dia orang gunakan kereta Mitsubishi Evo X  & Mitsubishi Lanser GT 2.0 untuk kegunaan kereta peronda tahun 2010, tapi kali ini pihak PDRM telah menggunakan kerata keluaran NAZA pulak untuk kegunaan peronda dan kenderaan rasmi rasa-rasanya. Jom kita layan gambar terbaru kereta baru PDRM untuk tahun 2011 nilah dia kereta Mitsubishi Evo yang PDRM gunakan untuk peronda lebuhraya buat masa sekarang.. amacam ganas tak? cuma dari apa yang aku tengok semua pemandu-pemandu kerata model ni macam belagak-belagak sikit.. maklum jelah.. bukan senang2kan nak bawa keta ni.. so bangga diri tu adalah sikitkan.. hehee  yang ni pulak kereta baru keluaran NAZA iaitu Naza Kia Sorento.. kredit foto dari iAwani nilah dia Kia Forte keluaran terbaru NAZA yang bakal digunakan oleh PDRM tahun ni.. aku pon tak tahu nak guna buat peronda ke @ kenderaan rasmi..  Pandangan dari belakang .. memang g...

Inspira Pilihanku : Pelancaran Hari Ini

Imej
Salam, Apa kata boring2 ni layan dulu kereta inspira yang baru dirasmikan hari ini.. wajah sepenuhnya seperti dibawah ni. untuk maklumat lanjut boleh rujuk pada website proton @ inspiraclub rujuk website proton Wajah hadapan yang garang seperti Mitsubishi Lancer Hampir 100 % wajah inspira menyerupai Mitsubishi Lancer wajah sepenuhnya inspira proton terbaru mampukah engine yang mendapat sentuhan lotus ini menyaingi engine Mivec Mitsubishi Lancer rekabentuk stering yang mampu menggerunkan pemandu dijalan raya Mantap.. lagi2 kalau aku yang duduk dekat dalam ni.. Dibawah Harga Bagi Proton Inspira mengikut kawasan Peninsular Malaysia Prices Proton Inspira 1.8 M/T – RM78,999 Proton Inspira 1.8 CVT – RM84,999 Proton Inspira 2.0 CVT – RM91,999 East Malaysia Prices Proton Inspira 1.8 M/T – RM80,999 Proton Inspira 1.8 CVT – RM86,999 Proton Inspira 2.0 CVT – RM93,999 Langkawi Prices Proton Inspira 1.8 M/T – RM71,999 Proton Inspira 1.8 CVT – RM75,999 Proton Inspira 2.0 CVT – RM82,999 "Boleh...