Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Jual Rumah

Jual atau tidak

Imej
Yang ni adalah pandangan Apartment yang aku duduk sekarang... Kawasannya bersih dan tenang.. 24 jam kawalan keselamatan. Sebelum korang bantu aku bagi jawapan samada jual atau tidak.. Apa kata korang baca entri pelabur hartanah ni dulu... http://www.mohdzulkifli.com/2012/12/2-kerugian-beli-rumah-paling-mampu.html Pastikan korang baca semua komen dalam entri tu yang lebih kurang ada 106 komen.. Baru korang komen dalam entri aku ni.. Isteri kata nak jual tapi sayang... Macam mana tu.. posted from Bloggeroid

Jual Rumah Menggunakan Khidmat Agen Berbaloi Atau Tidak

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,  Entri aku kali ini menjurus kepada bentuk perbincangan dan pengalaman korang semua yang ada pengalaman dalam urusan menjual rumah secara sendiri atau menggunakan khidmat Agen.  Diharapkan juga dengan komen dan pengalaman korang nanti dapat membantu aku membuat keputusan samada perlukah aku menggunakan khidmat agen atau tidak untuk menjual property yang aku ada sekarang ni. kredit photo : Pakcik Google Buat masa ini aku bercadang untuk melepaskan atau bahasa mudahnya merancang untuk menjual property yang aku tengah duduk sekarang ni.. bagi membolehkan aku membeli satu property lain. Perancangan asalnya aku bercadang nak menjual sendiri property tu.. tapi selepas aku iklankan property tu di mudah.my nampaknya no.phone cik isteri yang aku gunakan tidak berhenti-henti dari pagi sampai malam terima panggilan dari agen perumahan. Ada agen yang menawarkan service charge untuk bantu jualkan property tu sebanya...

Susah Juga Nak Jual Rumah Ni

Imej
  Salam semua, Sebenarnya apa jua benda yang kita nak buat,  mesti ada kesabaran dan ketabahan betul tak? macam tu jugalah samada korang nak beli rumah atau nak jual rumah ni.   kredit : google.com Baru-baru ni aku ada iklankan satu apartment untuk dijual iaitu apartment milik rakan kepada cik malarang .. Seminggu lepas aku iklan dekat mudah.my terus ada orang call aku bertanyakan pasal umah tu.. ( kira iklan dekat mudah ni memang senanglah ) Tapi masalahnya satu je orang tu terus minta tawaran harga yang tak logik.. owner nak jual rumah dengan harga RM75K .. orang tu nak beli dengan harga RM60K .. apa lagi aku terus kata “ tak bolehlah En. murah sangat tu ” memang tak logik beb sebab owner tu beli rumah tu 10 tahun yang lalu dengan harga RM57K .. takkan dalam tempoh tu harga rumah tu naik RM3K je. Kalau beli reban ayam sekali pon mesti ada up hargakan.. tak lama lepas tu ada orang lain pulak call kata nak beli.. tapi harga yang diminta pon kurang sesuai...