Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel android

MyDistress Kini Di Samsung Galaxy Note Aku

Imej
  Salam ramadhan semua, Rata-rata semua pengguna handphone hari ini mempunyai satu telefon pintar atau smartphone .. dan apa kata sekiranya anda mempunyai sebuah telefon pintar bolehlah anda menginstall satu apalikasi yang akan menghubungkan anda terus dengan pihak polis jika berlaku kecemasan yang dipanggil MyDistress . Sebenarnya aplikasi MyDistress ni telah dilancarkan dari tahun lepas lagi.. tapi mungkin aku yang terlepas pandang kot dan masa tu takda lagi smartphone ditangan so tu yang tak ambil pot.. tapi lepas aku tengok berita malam semalam tentang aplikasi MyDistress ni terus aku install dekat Samsung Galaxy Note aku. Untuk pengetahuan korang aplikasi Mydistress ni buat masa kini hanya terpakai di kawasan Negeri Selangor sahaja dan mungkin akan diperluaskan diseluruh negara tidak lama lagi. Klik pada http://mydistress.net So apa tunggu lagi.. install secara percuma ke telefon pintar anda sekarang.. Malang tidak sentiasa berbau.. kes ragut dan culik...

Update Android 4.0 Ice Cream Sandwich Pada Samsung Galaxy Note Sekarang

Imej
  Salam semua, Berita gembira buat semua pengguna Samsung Galaxy Note berikutan Android 4.0 Ice Cream Sandwich telah sedia untuk diinstall di smartphone anda.. pastinya ramai pengguna SGN yang ternanti-nantikan android 4.0 ini. Kalau tidak silap  Android 4.0 ini telah mula tersedia untuk diinstall sejak 3 minggu yang lalu lagi.. kiranya aku ketinggalan sebenarnya sebab baru 3 hari yang lepas aku berjaya update Android 4.0 ni menggantikan Android 2.3.6 Gingerbread . Untuk proses update dari android 2.3.6 ke android 4.0.3 aku hanya menggunakan sambungan WiFi dan ianya mengambil masa lebih kurang 30 minit untuk disiapkan semuanya. Di bawah ni aku kongsikan sedikit panduan untuk update android 4.0 anda menggunakan sambungan WiFi Pergi ke “ SETTING ” dan pilih “ About phone ”   Klik pada “ Software update ” dan klik pada “ Update ”   Tunggu sehingga connection disambungkan ke server.. sekiranya berjaya disambungkan ke server klik pada “ OK ...

Sygic GPS Navigation For Samsung Galaxy Note | Goodbye Papago X5

Imej
  Salam semua, Semakin hari semakin ramai yang menggunakan Samsung Galaxy Note dan tidak kurangnya juga yang menggunakan SGN ni tercari-cari perisian GPS apa yang sesuai digunakan didalam SGN ni tanpa menggunakan internet / talian Data. Sebelum ni aku pernah buat entri “ Panduan Installation Papago X5 Pada Samsung Galaxy Note ” dan nampaknya sambutan memang memberansangkan dari pemilik smartphone. Dan kebetulan baru-baru ni SGN aku masuk wad ICU.. so semua aplikasi yang pernah aku install sebelumnya termasuklah Papago X5 telah hilang dan hari ini aku telah mencuba satu lagi aplikasi baru seperti papago ni yang dikenali sebagai “ Sygic GPS Navigation ”. Ternyata aplikasi Sygic memang tidak mengecewakn aku.. dan telah berjaya aku install pada Samsung Galaxy Note tadi. So terasa rugi pulak kalau aku tak kongsikan dengan korang panduan untuk install Sygic ni.. kepada yang berminat untuk memasang di smartphone korang terutama pengguna Samsung Galaxy Note.. boleh follow ...

Update Blog Guna Samsung Galaxy Note

Imej
  Salam semua, Atas permintaan rakan blogger Jejai .. hari ni aku nak kongsikan sedikit tutorial bagaimana cara mengupdate blog menggunakan Samsung Galaxy Note . Sebenarnya mengikut pengalaman aku menggunakan Samsung Galaxy Note ni.. terdapat banyak aplikasi android yang boleh digunakan untuk mengupdate blog antaranya Blogger-droid & Bloggeroid . Untuk panduan kali ini aku akan gunakan aplikasi Bloggeroid .. kerana ianya lebih mudah jika dibandingkan dengan Blogger-droid .. Untuk memudahkan pemahaman aku sertakan print screen dibawah sebagai rujukan.. Pertamanya korang perlu mendownload terlebih dahulu aplikasi Bloggeroid ini melalui Market yang kini dikenali sebagai Play Store Buat carian dia Play Store dan setelah menjumpai aplikasi tersebut install seperti anda menginstall lain-lain aplikasi sebelum ini. Setelah aplikasi berjaya diinstall, anda sudah boleh memulakan aplikasi dengan klik pada Open atau buka aplikasi melalui senarai aplikasi di Samsu...

Maybank2u Dalam Aplikasi Android | Saya Dah Guna Anda Bila Lagi

Imej
  Salam semua, Tengahari tadi tengah aku buat blogwalking tiba-tiba ternampak entri yang ditulis oleh amanz.my berkenaan “ Aplikasi Maybank2U Untuk Android Kini Sedia Dimuat-Turun Oleh Semua ”.. Apa lagi lepas baca entri tu je terus terjah facebook maybank kot-kot ada info dalam tu.. dan sememangnya apa yang dikatakan oleh blogger amanz.my tu adalah benar.. buktinya dibawah ni. Rujuk facebook Maybank Memandang sekarang aku adalah salah seorang pengguna Android .. jadi mana mungkin aku nak melepaskan peluang mencuba aplikasi baru dari maybank2u nikan. Macam biasalah kalau nak test aplikasi kenalah download dalam Android Market .. dan hasilnya dibawah ni. Masuk dalam Android Market dalam phone dan buat carian “ Maybank2u ” seterusnya Download Sebelum download baca dulu apa kelebihan perisian Maybank2u versi Android ni.. Tidak sampai seminit aplikasi telah berjaya di install pada Samsung Galaxy Note   Flash screen aplikasi Maybank2u Versi A...