Demi Keluarga Aku Terpaksa Tolak Jemputan NAPBAS 2011
Salam semua, Siapa yang tidak teruja bila dapat jemputan untuk malam yang penuh gemilang bersama blogger-blogger dari dalam & luar negara yang dianjurkan oleh Nuffnang … Bukan senang-senang nak berjalan diatas karpet merah.. :-) Pastinya siapa yang mendapat 1 jemputan dari 500 tempat duduk yang disediakan memang teruja dan sayang untuk lepaskannya… betul tak? Korang tahu ke apa yang aku nak cerita ni?.. oklah baru-baru ni nuffnang ada buat satu contest untuk melayakkan blogger menghadiri satu event penganugerahan kepada blogger yang dikenali sebagai NAPBAS 2011 ( Nuffnang Asia Pacific Blog Award 2011 ).. dan Alhamdulillah aku salah seorang yang telah dipilih dari 500 tempat duduk yang disediakan.. tapi malangnya aku terpaksa tolak jemputan tu atas beberapa faktor. Entri ni “ My Nuffnang story ” yang membuatkan aku layak menerima jemputan tu. Sebab utamanya aku tolak jemputan tu adalah kerana buat masa ini wife aku sedang menunggu hari untuk bersalin ...