Syukur Dengan Apa Yang Ada Sekarang
Salam semua, Alhamdulillah syukur kepada Yang Maha Esa kerana masih diberi kekuatan dan kesihatan untuk mencari rezeki dibumi pinjamannya ini. Tarikh 15hb Mac 2007 pasti akan tersemat didalam jiwa tak kala seorang anak muda ketika itu mula melangkahkan kaki masuk ke pejabat baru setelah hampir 3 bulan menganggurkan diri. Memulakan langkah baru demi menyara diri sendiri dan keluarga serta adik beradik dikampung yang ketika itu semuanya masih bersekolah. Bermula dari situlah anak muda ini mengenali erti dunia sebenar yang penuh dengan cabaran dan dugaan.. Pada ketika itu menyewa bilik bersama rakan sekerja yang pada masa yang sama berkongsi rumah dengan pasangan yang lain (lain jantina). Alhamdulillah sekarang setelah 5 tahun semuanya telah berubah dan syukur dengan rezeki dan kurniaan yang telah diberikan.. Kini anak muda ini telah memiliki seorang isteri yang sangat cantik & penyayang serta telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang sangat comel yang ki...