Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel maulidur rasul

Hukum Sambutan Maulidur Rasul

Imej
Salam, Sempena Sambutan Maulidur Rasul esok yang jatuh pada 15-2-2011 bersamaan dengan 12 Rabiulawal 1432H aku ingin berkongsi maklumat tentang apakah hukum menyambut Maulidur Rasul? sumber google Sumber rujukan Al-Azim Upacara sambutan Maulidur Rasul adalah harus selagi ia tidak melibatkan unsur-unsur pembaziran dan tiada aktiviti yang melanggar syariat. Malah jika perisian sambutan itu ada unsur ilmu dan ibadah ia tetap diberi ganjaran pahala oleh Allah Subhanahu Wa Taala. Adalah tidak tepat pendapat yang mengatakan bahawa sambutan Maulidur Rasul adalah bid'ah dhalalah dan bertentangan dengan syariat. Upacara memperingati hari kelahiran Rasulullah saw ini telah dilakukan sejak 300 tahun sesudah Rasulullah wafat. Diantara pembesar yang menganjurkan sambutan ini ialah Malik Muzhaffar Abu Sa'id penguasa Irbil, Iraq. Dan seterusnya ia terus berkembang sehinggalah sekarang. Diantara ulamak besar yang mengatakan bahawa sambutan Maulidur Rasul ini adalah harus dan digalakkan i...